Isteri pergi majlis bacaan yassin, suami rog0l anak tiri sehingga hamil
Selama 21 bulan, remaja perempuan berusia 13 tahun terpaksa menjadi
tempat melampias nafsu bapa tirinya. Akibatnya, remaja itu kini hamil
akibat perbuatan terkutuk lelaki itu.
Ketika mangsa, 'A', berusia 12 tahun, suspek yang hanya dikenali sebagai
'SP', 43, memperdayakan mangsa untuk melakukan perbuatan terkutuk itu
dengan ganjaran telefon bimbit dan wang sejak April 2018.
Mangsa juga selalu diberi amaran keras agar tidak mengadu mengenai
pemerkosaan itu sehinggalah mangsa disahkan hamil yang kemudian membawa
kepada penangkapan suspek.
Di depan Ketua Polis Tulungagung (Indonesia), Eva Guna Pandia, suspek
mengaku merogol anak tirinya kerana tewas dengan nafsunya
sendiri.
"Saya salah. Saya terlalu mengikut nafsu," katanya yang juga mengakui
merogol mangsa hampir setiap minggu.
Dalam pengakuan itu, suspek berkata, dia selalu melakukan perbuatan itu
di malam Jumaat ketika isterinya pergi menghadiri majlis bacaan
yassin.
"Ibunya pergi majlis bacaan yasin, saya ajak dia untuk 'bermain',"
katanya.
Menurut Eva, kes itu terbongkar selepas seorang anggota polis tempatan
curiga melihat keadaan mangsa seperti wanita hamil, sedangkan dia baru
berusia 13 tahun. Selain itu, penduduk setempat juga sedar, mangsa sudah
jarang keluar dari rumah.
Ketika disoal, A akhirnya mengaku yang dia sedang mengandung anak hasil
perbuatan dari bapa tirinya.
Suspek kemudian ditahan dan suspek mengaku melakukan perbuatan itu di
rumahnya. Setelah mendapati mangsa hamil, mangsa dipindahkan ke tempat
lain untuk menyembunyikan kehamilannya itu.
Suspek akan didakwa di mahkamah dan bakal berdepan dengan hukuman penjara
5 tahun penjara dan maksimum 15 tahun penjara.
Sumber: Tribun Jakarta