Hina Pal3st1n Dengan Panggilan ‘Babi’, Akhirnya Pelajar Terima Akibat
Disaat rata-rata seluruh dunia mendoakan keselamatan penduduk P4lestin, seorang pelajar di Indonesia ini bukan sahaja tidak memberikan sokongan, malah menghina P4lestin.
Difahamkan, pelajar dari sebuah sekolah menengah di Bengkulu Sumatera itu dibuang sekolah selepas memuat naik video menghina P4lestin di aplikasi TikTok.
Pelajar perempuan yang tidak diedahkan identitinya itu menggelar warga P4lestin sebagai babi dan layak dibvnuh.
Tidak hanya satu video, malah turut tular video dengan mesej serupa namun dimuat naik oleh seorang lelaki dari wilayah Nusa Tenggara Barat.
Difahamkan, lelaki tersebut berdepan hukuman penjara sehingga enam tahun kerana melanggar Akta Maklumat dan Transaksi Elektronik (UUITE).
Bagaimanapun, pelajar perempuan berkenaan tidak didakwa atas kesalahan jenayah tetapi didatangi anggota polis yang menasihati pelajar itu tentang bahaya ucapan kebencian.
Gadis tersebut sudah pun membuat permohonan maaf secara terbuka kepada negara P4lestin dan berjanji akan menerima sebarang hukuman.
Dalam pada itu, Ketua Lembaga Pendidikan Bengkulu Tengah, Adang Parlindungan telah mengusir pelajar tersebut susulan tindakannya mencemarkan imej pendidikan di Bengkulu Tengah.
Bagaimanapun, Persatuan Pendidikan dan Guru (P2G) mengkritik pengusiran pelajar itu dengan menyalahkan guru sekolah yang tidak mendedahkan tentang penderitaan rakyat Palestin.
Sumber : Kosmo