"Bodoh! Nafsu Jenis Apa Kau Ni..", Gagal Merogol Wanita Warga Emas, Suspek Hanya Buang Air M**i Atas Tilam & Samun RM500
Seorang wanita warga emas nyaris dirogol lelaki warga asing
yang memecah masuk rumahnya, semalam, Selasa, 26 April 2021 dalam kejadian di
Taman Skudai.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner
Dzulkhairi Mukhtar berkata, jam 3.30 pagi, mangsa berusia 65 tahun tersedar
dari tidur selepas terdengar bunyi orang membuka tingkap biliknya.
Menurut suri rumah berkenaan, suspek adalah lelaki warga
asing berkulit gelap, tidak berpakaian dan hanya memakai seluar dalam. Suspek
berdiri di hadapan katilnya sambil memegang sebatang besi.
Suspek kemudian mengarahkan mangsa mendiamkan diri dan
menanggalkan pakaian kerana suspek mahu merogolnya. Mangsa yang takut dan
bimbang diapa-apakan terpaksa akur.
Suspek cuba merogol mangsa, tetapi gagal berbuat demikian.
Suspek hanya mengeluarkan air mani di atas tilam mangsa.
Selain itu, suspek dikatakan memaksa mangsa menyerahkan wang
tunai sebanyak RM500, sebelum keluar dari bilik itu.
Berdasarkan maklumat dan risikan yang diperolehi, polis
menahan seorang suspek lelaki warga Bangladesh berusia 26 tahun dan dua lelaki
warga Myanmar berusia 21 dan 26 tahun pada jam 2.30 petang, Selasa.
Dua suspek warga Myanmar itu ditahan kerana cuba melarikan
diri dan dipercayai bersubahat dengan suspek utama untuk melakukan perbuatan
terkutuk itu.
Turut dirampas beberapa bahan bukti yang dipercayai
digunakan dalam kejadian itu seperti sebatang besi, besi pengumpil, sehelai
boxer kelabu dan sebuah telefon bimbit.
Semua suspek yang bekerja sebagai buruh binaan itu dibawa ke
Mahkamah Johor Bahru untuk mendapatkan permohonan tahanan reman.
Kes disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan,
Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen.
Sumber: Kenyataan Media IPD Iskandar Puteri
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung
ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda
berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin
juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen
adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.