Menteri-menteri Bergaduh Sampai Hempas Meja Gara-gara MITI Bagi 95,000 Syarikat Beroperasi?

Selepas perintah kawalan pergerakan penuh (total lockdown) dikuatkuasakan bermula Selasa lepas, ramai pihak telah menyatakan rasa tak puas hati selepas masih banyak kilang-kilang yang dibenarkan beroperasi sepenuhnya.

Menurut sumber, telah berlakunya pertengkaran panas melibatkan beberapa menteri baru-baru ini selepas Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah membenarkan lebih kurang 95,000 syarikat beroperasi, lapor FMT.

Dikatakan, pertengakaran tersebut berlaku pada awal minggu ini selepas beberapa menteri tak berpuas hati kerana MITI benarkan banyak syarikat beroperasi walaupun sebelum ini dah bersetuju untuk melaksanakan sekatan penuh.

"Sebelum ini, kebanyakan menteri bersetuju dengan pelaksanaan sekatan penuh tetapi berita 95,000 syarikat mendapat persetujuan MITI untuk beroperasi menimbulkan bantahan, dan pertengkaran tercetus."

Kata sumber ini lagi, ramai menteri bimbang jika total lockdown tak dibuat dengan sebaiknya, wabak Covid-19 tak dapat dibendung dan pelaksanaan SOP jadi lebih mencabar.

"Namun, kebimbangan utama adalah kebenaran diberikan untuk begitu banyak kilang meneruskan operasi walaupun hakikatnya, kilang-kilang ini adalah ‘titik panas’ untuk jangkitan Covid-19."

Hempas hempas meja depan PM

Seorang lagi sumber pula telah mengaitkan pertelingkahan tersebut dengan status yang dimuat naik semalam oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Facebook rasminya.

Sumber :Lobak Merah

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel

close