"Padan Muka, RM2 Pun Kau Nk Ugut..", Pekerja Buruh Berdepan Hukuman Penjara 14 Tahun gara-gara Ugut Warga Emas RM2
Gara-gara RM 2, seorang buruh bakal berdepan dengan hukuman penjara kerana memeras ugut seorang warga emas.
Suspek mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari
ini kerana pertuduhan itu yang berlaku pada 2 bulan lalu.
Tertuduh 27 tahun, Muhamad Fikrianisfatullah Mohd. Azmi, 27
membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa
di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin, lapor Kosmo!
Namun begitu hukuman akan ditetapkan pada 6 Julai depan
samada dia didapati bersalah ataupun tidak.
Berdasarkan pertuduhan, suspek didakwa melakukan pemerasan
kepada Nik Som Ismail, 63 tahun sehingga menyebabkan ketakutan kerana dia ugut
mahu mencederakan mangsa sebelum wang tunai RM 2 diberikan kepadanya.
Ia berlaku di sebuah rumah di Kampung Kubang Siput, Pasir
Tumboh sekitar jam 4.35 petang pada 5 April lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang
memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda atau sebatan jika
sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Wan Nurul Hanini Wan Ahmad Shukry manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Mahkamah tidak membenarkan sebarang ikat jamin diberikan kepada tertuduh.
Sumber : Lobak Merah
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung
ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda
berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan implikasinya sebelum menulis komen anda disini mahupun di
media sosial yang berkaitan dengan artikel ini. Pihak admin juga tidak mampu
untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini mahupun dimedia sosial.
Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.