[Video] "Memang Pecah Motor Kau..", Kantoi ‘Dating’ Dengan Perempuan Lain, Gadis Mengamuk Jahanamkan Motor Pakwe
Kes pasangan curang sudah menjadi kebiasaan dalam masyarakat kita. Setiap hari, pasti ada sahaja kes baru yang kita dengar sama ada dilakukan oleh selebriti terkenal ataupun insan sekeliling di sisi kita.
Begitulah seperti yang dilalui oleh seorang gadis ini
apabila dia telah tersempak dengan teman lelakinya yang dilihat keluar ‘dating’
bersama wanita lain.
Difahamkan lagi, rupa-rupanya lelaki berkenaan kantoi
apabila gadis itu terserempak dengannya ketika sedang menaiki motosikal sambil
dibonceng oleh seorang wanita.
Terlampau geram, motor jadi mangsa
Oleh kerana terlampau kecewa dengan perbuatan teman
lelakinya, tanpa disangka gadis itu bertindak agresif dengan memusnahkan
motosikal lelaki berkenaan.
Menerusi sebuah video yang dikongsi di aplikasi TikTok,
kelihatan gadis itu sedang memukul motosikal milik teman lelakinya yang kini
tersadai di atas jalan.
Bukan setakat itu sahaja, dia turut dilihat menghentakkan
dan membaling batu pada motosikal tersebut dengan niat ingin melepaskan geram
terhadap teman lelakinya yang curang.
Perkongsian itu telah meraih simpati netizen di mana rata-rata mereka turut berasa geram terhadap lelaki berkenaan. Dalam pada itu, ramai juga yang mendoakan gadis terbabit.
Patut bawa batu lebih besar
Hati2 orang yang suka sakitkan perasaan orang lain
Jangan permainkan perasaan wanita
Kalau nak hancur, hancurkan betul2
Janji bahagia
Sekali dikhianati, kalah filem horror Suzana
Nasib baik hentam motor, kalau orangnya habis kepala bocor
Related:
Sumber: TikTok @adiirawan72
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung
ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda
berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan implikasinya sebelum menulis komen anda disini mahupun di
media sosial yang berkaitan dengan artikel ini. Pihak admin juga tidak mampu
untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini mahupun dimedia sosial.
Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.