Wanita Minta Maaf Sebab Jual Sambal Nyet Palsu, Khairulaming Tuntut Pampasan..
Sebelum ini, timbul satu isu
berkaitan produk sambal yang dijual oleh Khairulaming dimana ada individu tidak
bertanggungjawab menjual Sambal Nyet kepada pelanggan dipercayai dalam keadaan
basi dan berbuih.
Terbaru, individu yang mengaku
sebagai ‘reseller’ itu telah menyerah diri dan mengaku salah kerana menjual
Sambal Nyet palsu di Shopee. Namun, dikatakan pihak Khairul tidak mahu perkara
seperti ini diselesaikan begitu sahaja.
Oleh itu, pihaknya meminta tiga tuntutan
daripada individu berkenaan. Pihaknya menuntut bayaran pampasan tunai daripada
individu berkenaan namun wang yang bakal diterima tidak akan dipulangkan semula
kepada pembeli yang menjadi mangsa.
Menurutnya, wang yang diterima
akan disedekahkan sepenuhnya kepada orang asnaf yang memerlukan pada bulan
Ramadan ini dan Khairul tidak akan ambil satu sen pun daripada jumlah wang
tersebut.
Selain itu, video permohonan maaf
dan pengakuan langsung daripada individu berkenaan kerana memalsukan produk
jualan dan design botol produk. Akhir sekali statement berbentuk ‘hitam putih’
di balai polis berhubung kejadian.
Dimaklumkan, individu berkenaan pergi ke balai polis tempat dimana Khairul membuat laporan dan semua keterangan dan pengakuan sudah direkodkan.
Berhubung akaun jualan individu
berkenaan, pihak Shopee sudah memadamkan akaun tersebut walaupun nama akaun
telah ditukar.
Segalanya telah pun selesai dan
Khairul berharap perkara seperti ini menjadi pengajaran kepada mana-mana pihak
yang cuba untuk melakukan hal seperti ini pada masa akan datang.
Kredit : Khairulaming
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan
bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan implikasinya
sebelum menulis komen anda disini
mahupun di media sosial yang berkaitan dengan artikel ini. Pihak admin juga
tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini mahupun dimedia
sosial. Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.