Dr Amalina Sentuh Isu Budaya Kerja ‘Makan Garam’ Malaysia, Pegawai KKM Bidas
Pencapaian Dr Amalina Bakri yang berjaya menempatkan diri sebagai doktor di luar negara memang menjadi satu kebanggaan ramai. Malahan buah fikiran atau pendapat yang sering dikongsikan menerusi Twitternya sering menjadi perhatian ramai. Namun kenyataan beliau tentang isu budaya kerja di Malaysia pada 10 Jun lalu nampaknya menerima respon berbeza.
Kalau di tempat saya, tak kira siapa, pendapat diraikan secara ilmiah
Melalui tweet yang dimuat naik, anak jati kelahiran Kelantan
ini membandingkan suasananya bekerja di luar negara VS budaya ”Siapa makan
garam dulu” yang dakwanya dipraktikkan di Malaysia. Di United Kingdom, beliau
menyifatkan semua perbincangan berkaitan tugas dijalankan dengan secara ilmiah
malahan pendapat golongan junior tidak diketepikan begitu sahaja.
“Siapa makan garam dulu” bukanlah amalan yang dipraktik membuta tuli
Tidak bersetuju dengan kenyataan berkenaan, seorang pakar radiologi iaitu Aznil Hisham telah membidas semula di Facebooknya. Kata lelaki ini pula, dakwaan tentang budaya “makan garam terlebih dahulu” yang diperkatakan oleh Dr Amalina bukanlah dibuat secara membuta tuli. Malahan beliau juga sering berdiskusi sesama sendiri baik dengan junior atau ketua atasan.
Dr Muhaya dikritik hebat oleh doktor selebriti (junior), beliau tak malu untuk mohon maaf
Sebagai bukti bahawa Malaysia juga mengamalkan keterbukaan dalam meraikan pendapat, beliau menggunakan Prof Muhaya yang baru-baru ini kecoh dengan isu “Bodoh-Bodoh Demi Jodoh”. Meskipun dihentam ramai pihak termasuklah doktor junior, pakar motivasi berkenaan tidak segan membuat permintaan maaf.
Sumber : Facebook Aznil Hisham
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung
ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda
berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan implikasinya sebelum menulis komen anda disini mahupun di
media sosial yang berkaitan dengan artikel ini. Pihak admin juga tidak mampu
untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini mahupun dimedia sosial.
Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.