[Video] "Berani Btl Perempuan Tu..", Tak Pakai Helmet, Gadis Bermotor Rileks Polis Menderu Tahan Di Lampu Isyarat
Meskipun sudah banyak iklan serta kempen kesedaran diadakan, namun masih ramai pengguna jalan raya yang berdegil enggan memakai topi keledar ketika di jalan raya walhal ia untuk keselamatan diri juga. Apabila ditahan pihak polis, ada juga yang sering memberi alasan cuma membawa motor untuk ke kawasan berdekatan.
Sempat rakam penunggang motor tak pakai helmet…Kebetulan di lampu isyarat
Menerusi satu perkongsian di TikTok, seorang pemuda bernama
Hafiszan Ismail sempat merakam aksi seorang penunggang motosikal yang tidak
memakai helmet di sebuah kawasan lampu isyarat. Ketika itu, gadis yang
bertudung hitam tersebut dilihat seperti sedang berborak dengan seorang pemandu
lori di sebelahnya.
Tiba-tiba kereta peronda polis ‘pancung’ dari depan…On the spot kena soal
Namun sebaik sahaja lampu bertukar hijau, tiba-tiba ada
sebuah kereta peronda dan juga motosikal polis langsung ‘pancung’ di
hadapannya. Ternyata nasibnya kurang baik apabila pihak berkuasa tersebut
segera menyoal siasat betul-betul di simpang sama.
Temu duga yang tak diduga…Tapi dia steady time polis tu
panggil, kalau aku dah menggeletar
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sama
terkejut dengan perkongsian tersebut. Selain tidak menyangka pihak polis akan
terus tahan on the spot, ramai juga yang memberi nasihat untuk menjadikan
kejadian tersebut sebagai satu iktibar kepada semua.
Sumber: TikTok Hafiszan Ismail
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung
ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda
berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan implikasinya sebelum menulis komen anda disini mahupun di
media sosial yang berkaitan dengan artikel ini. Pihak admin juga tidak mampu
untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini mahupun dimedia sosial.
Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.