"Ngeri Betul Tengok..", Gara Gara Gosok Mata Dan Pakai Ubat Farmasi Mata Wanita Ini Hampir Buta
Related:
- Kantoi curang? Pemuda kecewa, kekasih diam2 keluar bersama lelaki Myvi biru.. Pandai hang buat2 tak kenal, dasar perempuan si*l..
- lsteri Mahu ʙᴇʀꜱᴀʟɪɴ di ʜᴏꜱᴘɪᴛᴀʟ Swasta, Suami ᴛᴇʀᴘᴀᴋꜱᴀ Kerja Siang Malam Kumpul RM10K
- Sebab Tak Cukup RM300, Tiada Siapa Nak Uruskan Jenaazah Anak – Lelaki Kongsi Kisah Sedih Terjadi Pada Ayah Ini
RAMAI yang tanya punca macam mana boleh kena sampai jadi begitu? Sebab contact lens ke? Dah berapa lama kena?
Biar saya jelaskan. Banyak sebab mengapa ia boleh terjadi
begini dan ini adalah ulser kornea, nanah dan fungal. Puncanya? Kornea ʟᴜᴋᴀ.
Bila jumpa doktor yang tak sepatutnya, maka dapatlah juga ubat yang tidak
sepatutnya. Mata akan jadi radang, merah, ʟᴜᴋᴀ semakin besar. Jadi datanglah
parasit yang tidak diundang.
Bukan pengguna contact lens saja yang kena nasib seperti
ini, orang tua-tua pun kena. Takkan orang tua-tua pun kena punca dari contact
lens, kan? Sudah tentu tidak. Boleh jadi ʟᴜᴋᴀ terkena daun pandan, terguris apa
pun yang menyebabkan ʟᴜᴋᴀ dan juga yang suka make up, kemudian tak cuci dengan
betul atau pakai make up remover yang sepatutnya.
Perlu diingatkan, duit banyak mana pun takkan mampu beli
kesihatan. Jadi, jagalah sebaik-baiknya mata kita. Mata saya menjadi seperti
ini bukan disebabkan lens. Pada awalnya, bila saya bangun dari tidur,
penglihatan mata saya kabur. Saya gosok-gosok mata ganas sangat sampai kornea
pun tercalar. Bila letak ubat yang dibeli ‘suka-suka’ di farmasi tanpa meminta
nasihat doktor, akhirnya menjadi begini.
Selepas dah buat kornea transplant, kuman langsung tak ada
tetapi kornea mata masih ada ʟᴜᴋᴀ besar di dalamnya. Disebabkan tidak menjaga
dengan elok, saya dimasukan ke wad semula. Menderita kena cucuk ubat antibiotik
dalam mata. Sebab? Ubat drop tak dan dah nak masuk ke belakang mata. Nak lawan
kuman yang kuat dan semakin banyak.
Tolonglah kepada semua sahabat, elakkan pakai lens. Jaga
mata kita sebaik mungkin. Jangan gosok mata kalau gatal sangat atau suruh
sesiapa tiup. Kornea mata manusia sangat sensitif. Jangan buat andaian sendiri
mata okay atau tak serius. Terus rujuk pada doktor pakar mata.
Jangan beli ubat sendiri di farmasi dan akhir sekali jangan
cuci mata menggunakan air. Kornea ʟᴜᴋᴀ, jangan mandi bersuka ria. Jawapannya,
kuman achantamoeba akan bertapak dalam mata. Kuman yang sangat jarang orang
terkena. Tapi kalau dah kena, sangat sukar untuk ᴅɪʙᴜɴᴜʜ.
Biarlah sakit ini saya saja yang rasa. Mohon kepada sahabat,
keturunan saya, orang-orang yang saya kenal dijauhkan dari dugaan seperti ini.
Sakitnya sangat seksa dan makan masa berbulan-bulan untuk sembuh.
Reaksi Warganet
Sumber : Aku Papan Kekunci
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung
ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda
berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan implikasinya sebelum menulis komen anda disini mahupun di
media sosial yang berkaitan dengan artikel ini. Pihak admin juga tidak mampu
untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini mahupun dimedia sosial.
Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.