[VIDEO] “Nak duit?..", Rumah Kena Pecah Masuk, Tapi Ramai Puji Tindakan Wanita Pada Penyamun Ini

Kalau korang ada perasan, baru-baru ini viral di media sosial apabila seorang wanita ini berdepan situasi cemas selepas rumahnya dipecah masuk oleh individu tak bertanggungjawab. Apabila dilihat, barangan di rumahnya semua sudah bersepah di merata tempat.

Masuk dari siling rumah

Menerusi perkongsian oleh Zaneth Natasha ini, dia menunjukkan penyamun tersebut masuk daripada siling rumahnya. Dia juga yakin bahawa pelaku itu seorang dewasa selepas dilihat pada tapak kaki yang melekat pada dinding rumahnya.

Tak cukup dengan itu, peti sejuk di rumahnya juga turut dipercayai hampir dicuri setelah suis nya dimatikan oleh individu tersebut. Tapi ia tak berjaya, sebab pintu pagar besi di bahagian dapur itu berkunci.

Dapat tangkap penyamun, tak hukum tapi….

Dalam postingnya yang lain, Natasha memuat naik video menunjukkan pelaku tersebut berjaya ditangkap oleh jirannya. Dia meluahkan rasa syukur walaupun jirannya berbeza bangsa, namun tetap menjaga dan prihatin terhadap yang lain.

Selain itu, Natasha memberitu bahawa dia dan keluarga memaafkan tindakan dilakukan lelaki tersebut.

Namun apa yang menarik perhatian ramai, wanita tersebut tidak menghukum pesalah itu malah memberikannya upah dengan menyuruh dia untuk bekerja memotong rumput dan semak di tepi rumahnya.

“Aku and family maafkan dia. Sebab kita tau waktu2 skrg ramai orang susah. So aku tawarkan kerja untuk dia.”

Tak cukup dengan itu, atas rasa prihatin sesama manusia Natasha turut membuatkan air untuk diminum oleh penyamun tersebut. Walaupun pada mulanya menolak sebab tangannya kotor, lelaki tersebut tetap minum selepas diberikan padanya.

Natasha turut berkongsikan hasil kerja lelaki tersebut, dan ternyata dia berpuas hati selepas semua rumput dibersihkan.

“Banyak org takde kerja dah. Terdesak”

Video terakhir pula wanita tersebut mengingatkan kepada orang ramai, walaupun tindakan lelaki tersebut ternyata salah mungkin ada sebab dia buat begitu.

Natasha turut memberitahu bahawa dengan situasi pandemik kini, ramai yang terpaksa mengambil jalan singkat.

“Dia akan ingat sampai bila-bila”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tersentuh dengan tindakan Natasha ini. Ramai yang mengatakan bahawa perkara sebegini perlu dijadikan contoh oleh orang lain di luar sana.




Kita doa sama-sama supaya pandemik ini cepat pergi, dan orang ramai boleh mencari rezeki seperti biasa. Amin

Sumber : Lobak merah

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan implikasinya  sebelum menulis komen anda disini mahupun di media sosial yang berkaitan dengan artikel ini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini mahupun dimedia sosial. Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel

close