[Video] "Kan Dah Membazir..", Nenek Diam-Diam 3 Tahun Borong Baju Baby Girl, Tiba-Tiba Yang Lahir Cucu Lelaki
Selain suami isteri, datuk atau nenek merupakan insan paling gembira selepas mendengar berita kehamilan baru. Belum lahir lagi, tapi masing-masing dah berebut nak membelikan baju ataupun memilih nama yang sesuai untuk cucu tersayang. Saat berkongsikan kegembiraan positif mengandung, korang ingat tak reaksi mak ayah dulu? Menangis atau biasa-biasa sahaja?
3 tahun nenek beli baju cucu meskipun tahu anak belum pregnant
Bagi wanita ini, saat dia mendedahkan tentang berita
kehamilan seakan-akan memecahkan sebuah 1 rahsia yang lama tersimpan rapi.
Selepas tahu bakal menjadi nenek, ibunya telah menyelongkar semula sebuah rak
baju. Alangkah terkejutnya apabila dibuka kerana warga emas tersebut rupanya
diam-diam membeli pelbagai baju baby girl selama 3 tahun walaupun tahu anaknya
belum lagi hamil.
Borong baju baby girl rupanya yang lahir adalah baby boy
Lebih melucukan lagi apabila bayi yang disangka berjantina
perempuan selamat dilahirkan. Dengan stok baju dengan warna dan pattern
feminin, siapa sangka cucunya merupakan baby boy. Namun jelasnya, mana yang
bersesuaian masih dipakaikan kepada si manja tersebut.
Aku scan perut katanya baby girl, sekali lahir doktor jerit “ini baby lelaki”
Menjengah ke ruangan komen, netizen tidak ketinggalan merasa
terhibur dan faham kegembiraan warga emas tersebut. Malah mereka berseloroh
anak perempuannya perlu berusaha memberikan cucu lelaki pula untuk memakai baju
yang sudah dibelikan sebelum ini.
Sumber : Facebook Kidspot & TikTok thelazygrandma
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung
ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda
berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan implikasinya sebelum menulis komen anda disini mahupun di
media sosial yang berkaitan dengan artikel ini. Pihak admin juga tidak mampu
untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini mahupun dimedia sosial.
Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.