Suami tendang perut dan cekik isteri hamil sampai m4ti kerana Buat capati tak bulat
NEW DELHI, INDIA - Berang roti capati tidak dibuat dalam bentuk bulat,
seorang lelaki tergamak membunuh isterinya yang sedang hamil empat
bulan.
Mangsa, Simran, 22, tidak dapat membuat roti capati berbentuk bulat
menyebabkan suaminya berang lalu berlaku pergaduhan pada malam Sabtu
lalu.
Mangsa dipercayai dicekik oleh suaminya sampai mati dan mayatnya ditemui
terbaring di sebuah rumah pangsa pada keesokan hari oleh abang kandungnya,
sebelum melaporkan kejadian itu kepada polis.
Anak perempuan pasangan itu yang berusia empat tahun, ditemui dikurng di
dalam sebuah bilik, manakala suami mangsa telah melarikan diri selepas
kejadian itu.
Dalam siasatan awal, kanak-kanak itu memaklumkan kepada polis bahawa ibu
bapanya sering bergaduh kerana bapanya tidak berpuas hati dengan mangsa
yang tidak dapat membuat capati berbentuk bulat.
"Ibu saya seorang yang pandai memasak tetapi bentuk capati yang dibuatnya
sering menimbulkan kemarahan bapa saya," katanya.
Menurutnya lagi, dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 10.30 malam
Sabtu itu, bapanya berang selepas dihidangkan capati yang bukan berbentuk
bulat. Gagal mengawal kemarahan, bapanya terus menendang perut mangsa yang
sedang hamil empat bulan.
"Saya cuba membantu ibu, tetapi bapa mengheret saya masuk ke dalam bilik
dan mengunci pintu bilik dari luar," katanya.
Difahamkan pasangan itu telah berkahwin selama lima tahun. Si suami
bekerja di sebuah kilang selepas perniagaannya terpaksa ditutup.
Siasatan awal polis mendapati, mangsa mati selepas lehernya dijerut
dengan tali. Polis kini sedang memburu suami mangsa dan suspek berdepan
dengan dakwaan membunuh.