'Salahkah saya cili kemaluan kekasih suami?' - Isteri
VIETNAM - Seorang wanita mengandung yang mendapati suaminya berlaku
curang, menghukum kekasih suaminya dengan melumurkan cili ke dalam
kemaluan wanita itu.
Ly Chanel, 23, berkata, dia berasa curiga apabila suami yang baru
dikahwininya tujuh bulan, Chien Keo, 24, kerap menghilangkan diri untuk
beberapa jam.
Bakal ibu dan empat rakannya kemudian mengekori Chien ke sebuah hotel
sebelum menangkap Chien dan kekasihnya di wilayah Thai Nguyen, utara
Vietnam.
Berang suaminya berlaku curang, Ly memakai sarung tangan getah sementara
tiga lagi rakannya menahan wanita itu dan seorang lagi merakam gambar
kejadian di mana mereka menanggalkan seluar dalam wanita terbabit dalam
kejadian pada waktu tengah hari Selasa.
Mereka kemudian mengambil beg plastik yang mengandungi cili dan menyumbat
cili ke dalam kemaluannya menyebabkan wanita itu meronta-ronta
kepedihan.
Mereka kemudian memuat naik gambar-gambar kejadian itu di media sosial
dan menyatakan rasa bangga kerana mereka berjaya menghukum wanita
berkenaan. Malangnya tindakan mereka itu dikecam netizen, malah berlaku
tidak adil kerana si suami dibiarkan terlepas begitu sahaja.
Ly yang baru hamil tiga bulan dan bakal menerima bayi lelaki berkata,
"Adakah suami saya mahu saya hidup bahagia dan menerima kehadiran
zuriatnya ini kelak?
"Bagaimana dia boleh menanggung kami jika dia curang dengan perempuan
lain? Perempuan yang menghancurkan rumahtangga wanita lain.
"Wanita boleh memberi kemaafan dengan mudah tetapi mereka tidak akan
melupakan apa yang telah berlaku. Cemburu itu satu pedih dan pastinya
perempuan itu juga tahu perasaan ini.
"Biarpun ada yang membenci saya dengan apa yang telah berlaku, tetapi
begitulah kehidupan yang kita tidak dapat memuaskan hati semua orang.,"
katanya.
|
Peguam Giang Hong Thanh dari pejabat peguam daerah berkata, "Pertama
sekali, adakah perlu berkongsi dan bersimpati dengan keadaan psikologi si
isteri dalam hal ini jika wanita itu memang telah dilumurkan dengan cii
itu telah menganggu rumahtangganya?
"Melumurkan cili di kawasan kemaluan individu lain dan memuat naik klip
video atau gambar di internet adalah tindakan yang bertujuan menghina
orang lain.
"Jika cili itu mencederakan alat kelamin mangsa, si isteri boleh didakwa
mengikut Artikel 104 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman dan
denda dari RM389 hingga RM556," katanya.