'Tolong lepaskan saya, saya janji takkan buat lagi' - Lelaki pedofilia ditahan
Saiel Bashar, 23, sanggup menempuh perjalanan sejauh 160 kilometer dari
London ke Birmingham kerana percaya dia akan bertemu dengan seorang remaja
perempuan berusia 13 tahun dan merogolnya di katil bilik ibu remaja
terbabit.
Namun hasratnya itu terbantut apabila pelajar universiti itu ditangkap
oleh kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai 'Paedo Hunters Not
Glory Hunters', di luar stesen kereta api, Sutton Coldfield.
Bashar dituduh menghantar mesej dan kandungan bahan-bahan lucah selama
seminggu sebelum merancang untuk pergi ke rumah dan meragut kesucian
mangsa.
Selepas perbuatannya itu terbongkar, Bashar memohon maaf dan merayu agar
dilepaskan. Pemeriksaan di telefon bimbitnya juga mendapati, lebih dari
300 halaman perbualan menjijikkan ditemui, sebelum menyerahkan Bashar
kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Bashar dituduh menawarkan telefon bimbit baru kepada mangsanya sebagai
balasan untuk khidmat seksual yang diberikan.
Bashar yang mengaku dirinya adalah pelajar antarabangsa dari Afghanistan
berkata, dia telah melakukan kesilapan dan menafikan dakwaan kononnya
menggemari hubungan seks bersama kanak-kanak.
Namun selepas ditangkap, Bashar mengaku bersalah kerana cuba bertemu
dengan remaja bawah umur untuk tujuan seks. Rakaman video penangkapannya
itu juga disiarkan secara langsung di Facebook pada Jumaat lalu dan telah
ditonton lebih dari 440,000 kali.
"Tuan, tolonglah. Seumur hidup saya, saya tidak akan buat perkara seperti
itu," kata Bashar yang menafikan tuduhan kononnya dia adalah lelaki
pedofilia.
"Awak berada di sini sekarang. Apa yang awak buat ini adalah bertentangan
dengan undang-undang. Berdasarkan undang-undang negara kami, kami tidak
boleh menerima apa yang awak lakukan," kata salah seorang ahli kumpulan
berkenaan.
Menyedari wajahnya dirakam, Bashar meminta mereka berhenti berbuat
demikian.
"Saya buat salah, saya takkan buat (lagi). Tolong kasihankan saya," rayu
Bashar.
"Tiada belas kasihan untuk awak," balas mereka.
"Tuan, saya pelajar sains komputer. Tolonglah," rayunya lagi.
"Komputer sains? Percayalah, selepas ini awak tidak akan dibenarkan
menggunakan internet. Simple," kata salah seorang ahli kumpulan
berkenaan.
Kata-kata itu membuatkan Bashar menangis dan berjanji di atas nama ibunya
bahawa dia tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi jika mereka
melepaskannya.
"Jangan harap," balas kumpulan berkenaan.
Bashar kemudian menghentak kepalanya ke papan ikan dan membelakangi
kamera serta menangis sehingga pegawai polis tiba di lokasi kejadian dan
menahannya.
"Saiel Bashar, 23, dari Stanmore, London, ditangkap pada 11 Ogos lalu di
Sutton Coldfield. Dia didakwa merancang pertemuan dengan kanak-kanak
dibawah usia 16 tahun dengan tujuan untuk melakukan hubungan
seks.
"Bashar mengaku bersalah di Mahkamah Birmingham Crown pada Isnin lalu dan
kini direman untuk siasatan dan akan dibicarakan semula pada 11
September," katanya.