Belasah Bini Sampai Koma, Suami ‘Kantoi’ Ada Isteri Lain & Kini Hamil Anak Ke-2
Sejak beberapa hari lalu, viral tindakan tak berperi kemanusiaan seorang suami hingga menyebabkan isterinya kini terlantar koma. Lebih sayu, wanita berkenaan baru teruja hamilkan anak sulung mereka.
Di sebalik kisah oleh adik wanita
tersebut, rupa-rupanya ada pula rahsia lain tentang ‘suami durjana’ tersebut.
Tanpa disangka-sangka, dia rupa-rupanya sudah ada seorang isteri sebelum ini.
Pendedahan itu dibongkarkan sendiri oleh wanita hanya dikenali sebagai Nor
Faiza ini, yang juga baru mengetahui perkara terbabit selepas isu berkenaan
menjadi viral. Antara alasan yang pernah diberikan lelaki tersebut adalah mahu
balik rumah kedua mereka yang sedang dalam renovation.
Selama 4 tahun mendirikan rumah
tangga bersamanya, Nor Faiza sama sekali tidak tahu bahawa si suami ada isteri
lain di belakangnya. Bukan sahaja mempunyai anak berusia setahun lebih, malah
dia juga sedang mengandung zuriat mereka yang kedua. Namun berhubung isu
terbabit, wanita memilih untuk diamkan diri saja.
Dalam posting terbaru adik
iparnya pula, suspek dikatakan banyak kali terbabit dengan pelbagai jenayah
seperti penipuan serta buang bayi. Tak cukup dengan itu, dia juga didakwa
sempat mencuri cincin milik Jahidah sebelum wanita malang itu ditinggalkan
keseorangan di pusat perubatan.
Sumber: Facebook Fazariah Nordin
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan implikasinya sebelum menulis komen anda disini mahupun di media sosial yang berkaitan dengan artikel ini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini mahupun dimedia sosial. Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.