"Vocal Dato Memang Ala-ala Penyanyi Barat..", Zizan Razak Memuji Suara Alif Syukri Dan Berharap Dapat Membuat Persembahan Diperingkat Antarabangsa

Usahawan kosmetik yang kini bergelar penyanyi, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa syukur dan teruja apabila rayanya berjudul Lala Raya kini trending nombor satu di dan mencecah 1 juta tontonan di YouTube.

Aliff berkata, meskipun dia perlu bersaing dengan beberapa penyanyi hebat lain, dia tidak menyangka lagunya itu mendapat sambutan luar biasa daripada pendengar.


Berkongsikan kejayaannya itu di Instagram, rata-rata netizen mengucapkan tahniah di atas kejayaannya itu.    

Malah, pelakon dan pelawak Zizan Razak turut mengakui Aliff mempunyai bakat besar sebagai penyanyi.

Zizan berkata vokal Aliff kini setanding penyanyi barat dan tertanya usahawan itu kini penyanyi nombor satu negara.

“Ternyata Dato penyanyi nombor satu negara. Trending no 1 lagi. Vokal Dato memang ala-ala penyanyi barat. Harap Dato dapat buat persembahan di Grammy Award lepas ni,” tulisnya.

Lagu Lala Raya itu adalah hasil ciptaan Amy Ukays bersama isteri Aliff iaitu Datin Nur Shahida. Lagu itu kini menerima lebih 1.3 juta tontonan sejak dimuat naik pada 4 Mei lalu.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan implikasinya  sebelum menulis komen anda disini mahupun di media sosial yang berkaitan dengan artikel ini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini mahupun dimedia sosial. Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel

close