[Video] "Hebat Perempuan Tu..", Pelayan Restoran Selamba Tarik Biawak Besar Keluar Dari Restoran

Bekerja sebagai pelayan restoran adalah satu tugas yang sangat mencabar. Bukan sahaja mereka perlu melayan pelanggan secara bersemuka malah mereka juga akan menjadi sasaran untuk pelanggan melepaskan geram jika tidak puas hati dengan makanan yang dihidangkan.

Persekitaran yang mengganggu keselesaan juga kadang kala membuat pelanggan marah seperti kucing berkeliaran di premis makanan, menyebabkan pelayan terpaksa memastikan tiada haiwan yang masuk ke kawasan restoran kerana boleh menghalau pelanggan.

Seperti yang dapat disaksikan dalam sebuah video yang tular baru-baru ini, seorang pelayan restoran terpaksa menghalau seekor haiwan yang masuk ke dalam restoran tempatnya bekerja.

Namun haiwan yang tidak diundang itu bukanlah lipas mahupun kucing, tetapi seekor biawak besar.

Video yang telah meraih jutaan tontonan itu menunjukkan pelayan wanita berkenaan menarik biawak tersebut pada ekornya dan mengheret haiwan itu keluar, sambil pelanggan lain menyaksikan dengan cemas.

Salah seorang pelanggan wanita yang terlalu takut dengan haiwan berkenaan juga dilihat memanjat kerusinya sehingga pelayan itu membawa biawak berkenaan pergi.

Tindakan berani pelayan wanita itu meraih pujian ramai yang rata-ratanya bersetuju gajinya perlu dinaikkan kerana melakukan tugas ‘berat’ dan berbahaya, malah ada yang menawarkan kerja kepadanya kerana sikapnya yang ‘gangster’ itu.

Sumber : HCL

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan implikasinya  sebelum menulis komen anda disini mahupun di media sosial yang berkaitan dengan artikel ini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini mahupun dimedia sosial. Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel

close