Pembantu rumah ditemui mati, kemalv4nnya disumbat dengan timun
Mayat seorang pembantu rumah berasal dari Filipina di Kuwait, ditemui
dalam keadaan mengerikan di mana mayatnya berwarna kehitaman dan kebiruan,
serta turut ditemui sebiji timun di kemaluannya.
Susulan penemuan mayat Constancia Layo Dayag, 47, majikannya yang
merupakan warga tempatan telah didakwa di mahkamah atas tuduhan
membunuh.
Sementara itu, Manila mendakwa Constancia telah dipukul dengan objek
tumpul bertubi-tubi dan kemaluannya disumbat dengan timun, sebelum ditemui
mati.
Pihak berkuasa Kuwait telah memfailkan tuduhan membunuh ke atas suspek
yang hanya dinamakan sebagai B.M.I.H.
Setiausaha Tenaga Buruh dan Pekerjaan Filipina, Silverstre H. Bello III
berkata, pihaknya akan memberi tekanan kepada Kerajaan Kuwait untuk
menuntut bela bagi pihak keluarga mangsa.
Tahun lalu, Filipina mengenakan sekatan sementara untuk rakyatnya
bekerjadi Kuwait selepas terdapat laporan bahawa rakyatnya didera,
termasuk satu kes di mana pembantu rumah Joana Demafelis, 29, ditemui mati
di dalam peti sejuk beku di rumah majikannya, setelah lebih setahun dia
dilaporkan hilang.
Sumber: Mirror