'Saya berlari membawa nyawa suami' - Isteri sanggup lari marathon 3 KM dengan berkaki ayam demi dapatkan wang biaya kos rawatan suami
Dia hanya seorang wanita tua yang tiada kudrat dan upaya, tetapi kerana
hanya satu matlamat untuk menyelamatkan suami yang tersayang, dia menepis
segala penghalang untuk mencapai matlamat tersebut. Lata Kare, wanita
hebat yang perlu dicontohi kerana semangat dan kekuatannya.
Siapa sangka wanita tua ini mampu menewaskan golongan muda dalam larian
marathon sejauh tiga kilometer dengan hanya memakai sari. Keputusan wanita
itu mengejutkan semua pihak termasuk anaknya, Sunil. Sunil menyatakan
walaupun dia mengetahui tahap kesihatan dan tahap keupayaan ibunya, dia
masih risau kerana pada malam sebelum pertandingan, ibunya demam. Katanya
kepada mid-day.
LATA KARE, seorang wanita tua yang berusia 67 tahun tinggal di sebuah wilayah
kecil, Baramathi. Mereka suami isteri hidup kais pagi makan pagi, kais
petang makan petang. Serba serbi kekurangan, miskin papa kedana, namun
cinta mereka utuh walaupun di rumah usang yang tua.
Satu hari, si suami jatuh sakit dan keadaannya kelihatan teruk dari
biasa. Late Kare, seorang isteri yang galau hatinya. Melihat duit yang
ada, untuk membawa suaminya ke hospital yang jauh lokasinya, namun tidak
mencukupi. Diketuk rumah-rumah jiran, mencari secebis bantuan, buat bekal
belanja di perjalanan. Dengan sumbangan jiran-jiran itu, Lata Kare dan
suami pun pergi ke hospital menaiki kenderaan.
Sampai di hospital, si suami diperiksa dengan terperinci. Lalu sang
doktor memanggil si isteri dan memaklumkan bahawa suaminya harus dirawat
segera dan kos rawatan menelan harga 5,000 rupee.
Saat mendengar jumlah besar itu, Lata berlari keluar dari hospital dan
menuju ke jalan besar. Langkahnya penuh juraian air mata. Di sisi jalan
itu, dia meraung dalam kedukaan. Dalam kesengsaraan, dia terduduk sambil
tangannya di angkat ke langit tinggi,
“Oh Tuhan, mengapa aku yang diseksa? Tidak cukupkan selama ini aku
diseksa?”
Orang yang lalu-lalang melihat deraian airmata si tua, mendengar bait
bicaranya, mengundang sebak di dada. Malah ada yang turut mengalirkan air
mata juga.
Dengan langkah longlai, diseka air mata tadi dengan hujung sarinya. Lata
Kare masuk semula ke hospital menemui suaminya.
'”Abang, marilah kita pulang. Saya tidak mampu menanggung kos rawatan
untuk abang.”
Terlihat dua orang warga tua, saling berpimpinan tangan, melangkah satu
demi satu, keluar dari hospital. Berjalanlah mereka meniti jalan raya yang
sibuk dan membawa haluan untuk pulang ke rumah.
Tiba-tiba,sang suami berkata, “Lata Kare, saya lapar. Saya belum makan
lagi.”
Bergegaslah si isteri pergi mencari sesuap makanan untuk suami. Senilai
dengan sisa wang yang masih ada,maka dapatlah dibeli dua keping samosa
yang dibalut kemas di dalam bungkusan suratkhabar. Duduklah dua orang tua
di sisi jalan.
Si suami menikmati suapan samosa dari si isteri, dijamahnya penuh nikmat.
Si isteri melihat suaminya, tulang belakangnya selama ini sekarang sedang
sakit dan tak mampu dirawat. Si isteri rasa menjadi terlalu hiba, sehingga
air mata menitis lagi, lagi dan lagi. Menitis jatuh sehingga ke atas
bungkusan suratkhabar samosa.
Si isteri berfikir, apakah harinya bersama suami bakal berakhir sikit
masa lagi. Bagaimana dia hendak menghadapi kehilangan ini? Lata Kare
merenung samosa yang hampir habis. Benarlah suaminya terlalu lapar. Apakah
ini suapan terakhir dari isteri, bertanya hati kecil bertubi-tubi.
Setelah beberapa lama buntu memikirkan kos rawatan untuk suaminya,
jirannya, Sudhir Sakat memberikan cadangan kepadanya untuk menyertai
larian marathon yang menawarkan hadiah berjumlah 5,000 rupee. Wanita tua
ini terus bercahaya wajahnya, terukir senyuman tanpa dijangka.
Lata Kare bangkit awal pagi dan terus menuju ke lokasi marathon. Di meja
pendaftaran dia berdiri, untuk mendaftarkan diri. Petugas di kaunter
melihat Lata Kare dari kepala hingga ke kaki. Wanita tua, uban banyak di
kepala, kulitnya kedut sini sana, bersari lusuh, dan berkaki ayam.
Petugas marathon menolak permohonan Lata Kare. Maka, menangislah si tua
ini lalu sujud di kaki petugas tadi untuk merayu dan merayu. Akhirnya,
Lata Kare dibenarkan menyertai Marathon tersebut.
Si tua, akan bersaing dengan orang muda yang penuh bergaya dengan pakaian
sukan, bertopi dan berkasut. Lata Kare menyingsing sarinya, mengikat di
pinggang.
Penonton yang berada di kiri kanan, melihat Lata Kare seperti si badut.
Keberadaannya di situ umpama memberi satu jenaka. Ada menyindir dan ada
mencela. Apabila pistol dilepaskan, Lata Kare berlari dan berlari.
Wartawan BBC yang pada ketika itu membuat liputan, mengatakan Lata Kare
berlari seolah budak belasan tahun. Berlari laju, memotong seorang demi
seorang walau peluh membasahi sari, walau luka berdarah di kaki. Dia
berlari tanpa henti.
Akhirnya, Lata Kare berjaya menjadi orang pertama tiba di garisan
penamat, mengalahkan semua orang muda. Dan apabila ditemuramah oleh
wartawan, apakah yang menyebabkan makcik sebegitu kuat untuk meneruskan
marathon ini di usia begini, dalam sakit begini ?
Lata Kare yang penuh bercucuran air mata menjawab, “Kerana bersama larian
saya tadi, saya membawa harapan suami saya, kerana saya membawa nyawa
suami saya.”
Lata Kare mengajar kita, apabila jelas BIG WHY kita, yang mustahil pun
akan mampu dicapai.
Sumber: Mohd Fitri, mid.day.com