Kalah main game, bapa tumbuk anak sehingga mati
Berang tewas dalam permainan video, seorang lelaki tergamak menumbuk anak
lelakinya yang baru berusia sebulan sehingga meninggal dunia.
Anthony Trice, 26, dilaporkan menghempas joystick sebelum memukul mangsa,
De'Anthony Trice, di kediamannya di Louisville, Kentucky, Jumaat
lalu.
Trice didakwa menampar mangsa sehingga mengalami kecederaan dan dibawa ke
dapur sementara dia membuat susu. Selain itu, Trice juga dikatakan sengaja
menjatuhkan mangsa ke lantai.
Namun, tidak dapat dipastikan sama ada Trice sengaja berbuat demikian
atau sebaliknya.
Mangsa kemudian dibawa ke bilik tidur dan disandarkan.
Trice pergi ke bilik air dan apabila kembali ke bilik, dia mendapati
anaknya dalam keadaan membimbangkan lalu segera menghubungi talian
kecemasan 911.
Related:
- Kantoi curang? Pemuda kecewa, kekasih diam2 keluar bersama lelaki Myvi biru.. Pandai hang buat2 tak kenal, dasar perempuan si*l..
- lsteri Mahu ʙᴇʀꜱᴀʟɪɴ di ʜᴏꜱᴘɪᴛᴀʟ Swasta, Suami ᴛᴇʀᴘᴀᴋꜱᴀ Kerja Siang Malam Kumpul RM10K
- Sebab Tak Cukup RM300, Tiada Siapa Nak Uruskan Jenaazah Anak – Lelaki Kongsi Kisah Sedih Terjadi Pada Ayah Ini
Mangsa dikejarkan ke Hospital Kanak-Kanak Norton, dan dilaporkan
meninggal dunia pada Ahad lalu.
Trice didakwa di mahkamah atas tuduhan mendera dan membunuh anaknya
sehingga mati. - Metro.co.uk