'Saya jual buah pinggang agar saya dapat beli rumah untuk isteri' - Lelaki akur dengan syarat bekas isteri demi rujuk kembali
Kerana terlalu sayangkan bekas isteri, lelaki ini sanggup berbuat apa
sahaja demi memenuhi keinginan wanita itu. Lelaki yang berasal dari
Indonesia ini mendapat perhatian netizen apabila dia memuat naik
satu status di Facebook mengatakan dia mahu menjual buah
pinggangnya.
Difahamkan, Muksal M dan isterinya telah bercerai. Namun dia mahu merujuk
kembali dan bekas isterinya telah meletakkan syarat di mana dia perlu
memiliki rumah terlebih dahulu.
“Assalamualaikum. Jika ada sesiapa yang membaca status ini. Saya mohon
kepada seluruh pengguna media sosial, mungkin ada antara kita semua yang
memerlukan buah pinggang. Saya menawarkan buah pinggang saya untuk
dijual.
"Mohon bantuan kepada sesiapa yang memerlukan. Saya mohon. Ini semua saya
lakukan demi memenuhi permintaan isteri saya. Saya dan isteri saya sedang
berpisah ketika ini. Saya menjual buah pinggang untuk memenuhi permintaan
isteri untuk membeli rumah. Saya lakukan ini untuk kembali pada isteri
saya. Jika ada tolong hubungi saya...” tulisnya.
Muksal turut menyertakan gambar-gambar screenshot perbualan mereka di
WhatsApp dan berdasarkan gambar itu, wanita terbabit menegaskan dia tidak
mahu terus tinggal di rumah orang tuanya mahupun rumah mertuanya, malah
enggan menyewa rumah dan hanya mahu memiliki rumah sendiri.
"Ema mahu ikut Ab tapi dengan satu syarat, Ab mesti carikan rumah untuk
kita. Ema tidak mahu lagi tinggal dengan orang tua kita, dan menyewa. Ema
tak peduli samada rumah itu kecil atau besar yang penting, rumah sendiri.
Ema sudah bosan dengar orang mengata.
“Ema mahu lihat sebesar mana rasa cinta dan sayang Ab pada Ema. Jika Ab
benar-benar mahu hidup bersama Ema lagi, semua ini Ema lakukan untuk
kebaikan kita. Biar Ab juga tahu bagaimana rasa hidup selepas
bernikah”
Bagaimanapun, tindakan lelaki ini ditentang oleh netizen dan menyarankan
agar dia tidak mengikut kehendak 'gila' bekas isterinya itu.
Related:
- Kantoi curang? Pemuda kecewa, kekasih diam2 keluar bersama lelaki Myvi biru.. Pandai hang buat2 tak kenal, dasar perempuan si*l..
- lsteri Mahu ʙᴇʀꜱᴀʟɪɴ di ʜᴏꜱᴘɪᴛᴀʟ Swasta, Suami ᴛᴇʀᴘᴀᴋꜱᴀ Kerja Siang Malam Kumpul RM10K
- Sebab Tak Cukup RM300, Tiada Siapa Nak Uruskan Jenaazah Anak – Lelaki Kongsi Kisah Sedih Terjadi Pada Ayah Ini
"Allah Maha Adil bang, biarkan bekas isteri abang ini pergi jika itu yang
dia inginkan. Berusahalah untuk mencari wang agar dia menyesal di kemudian
hari. Bukannya dengan menyakiti diri sendiri. Jodoh dan rezeki serta maut
itu di tangan tuhan," kata netien.
"Buah pinggang kau bukan milik kau. Kau tak ada hak ke atas itu. Itu
milik Allah. Menjual organ badan itu bukanlah jalan penyelesaian. Bahkan
jika kau menjualnya, masalah yang baru pula akan muncul. Allah berikan
kita kesihatan yang baik agar kita boleh berusaha lebih lagi. Jangan
termakan hasutan syaitan dan berputus asa," tambah netizen
lain.
Tetapi Muksal pula membalas, "Kata orang, hidup ini perlu ada pengorbanan
jika kita tulus mencintai seseorang."
Sumber: Berita Kini