Wanita hilang ingatan selepas meneran terlalu kuat ketika membuang air besar
Seorang wanita di Hong Kong mengalami hilang daya ingatan 10 tahun
selepas meneran terlalu kuat ketika membuang air besar.
Mangsa kemudian dibawa keluarganya ke hospital selepas mendapati wanita
itu hilang ingatan. Tetapi doktor mendapati otaknya berfungsi seperti
biasa dan normal.
Difahamkan, mangsa hanya mengalami hilang ingatan selama lapan jam dan
selepas pulih, dia langsung tidak mengingati apa yang berlaku dalam tempoh
lapan jam itu.
Seorang pakar neurologi, Dr Peng Jiaxiong berkata, dalam istillah
perubatan penyakit itu dikenali sebagai amnesia sementara yang mungkin
disebabkan ketidakcekapan injap urat jugular dalaman di mana aliran darah
ke otaknya terjejas.
Ini menyebabkan oksigen yang dibawa ke otak tidak mencukupi kerana
sembelit.
Namun doktor menjelaskan kejadian seperti itu jarang berlaku dan selain
sembelit, mereka yang mengangkat objek berat atau mengalami tekanan emosi
melampau berisiko besar untuk mengalami masalah itu.
Related:
- Kantoi curang? Pemuda kecewa, kekasih diam2 keluar bersama lelaki Myvi biru.. Pandai hang buat2 tak kenal, dasar perempuan si*l..
- lsteri Mahu ʙᴇʀꜱᴀʟɪɴ di ʜᴏꜱᴘɪᴛᴀʟ Swasta, Suami ᴛᴇʀᴘᴀᴋꜱᴀ Kerja Siang Malam Kumpul RM10K
- Sebab Tak Cukup RM300, Tiada Siapa Nak Uruskan Jenaazah Anak – Lelaki Kongsi Kisah Sedih Terjadi Pada Ayah Ini
Beliau menasihatkan, mereka yang mengalami simptom hilang daya ingatan
perlu menjalani pemeriksaan perubatan segera dan 30 peratus dari individu
yang mengalami masalah itu berisiko mengalami strok.
Sumber: Asia One