'Bila nak kahwin?' - Tanya soalan klise, lelaki maut ditetak rakan sekampung
Berang ditanya soalan "bila nak kahwin", seorang lelaki berusia 52 tahun
bertindak menetak kepala rakannya sebelum melarikan diri.
Dalam kejadian yang berlaku pada Ahad lalu, suspek, Aswin, 52, menetak
bahagian kiri kepala mangsa dengan sebilah parang.
Suspek kemudian melarikan diri ke Puskesmas Ratahan, Indonesia,
meninggalkan mangsa yang mengalami kecederaan parah di kepala.
Mangsa kemudian dikejarkan ke hospital oleh orang kampung, namun
meninggal dunia pada hari yang sama kerana kecederaan parah yang
dialaminya.
Ketua Polis, Ronny Minggu, berkata, pihaknya telah menahan suspek di
kediamannya dan akan didakwa kerana membunuh.
Siasatan awal mendapati, kes itu berpunca dari mangsa yang sering
bertanya soalan klise "Bila nak kahwin?" yang menyebabkan suspek
tersinggung.
Difahamkan, teman wanita suspek kini sedang mengandung.
Sumber: Tribun Style