Suami dibelasah kerana tak puji isterinya cantik
Seorang wanita didakwa memukul suaminya hanya kerana mangsa tidak memberi
respon apabila ditanya oleh suspek adakah dia cantik, lapor Daily
Mail.
Lizeth Guadalupe Ramirez, 20, ari Loredo, Texas, ditahan selepas polis
menerima laporan dari mangsa pada malam Selasa lalu.
Ketika disoal siasat, suspek mendakwa mangsa telah menyerang dan cuba
mencekiknya. Namun, mangsa memberi keterangan yang berbeza dengan
suspek.
Menurut mangsa, Ramireze mengamuk terhadapnya ketika mereka menonton
wayang, di mana dia tidak memberi respon terhadap soalan suspek yang
bertanya adakah dia cantik.
Mangsa berkata, dia tidak mendengar soalan dari suspek ketika itu. Dalam
perjalanan pulang, Ramirez mula memukulnya beberapa kali.
Setibanya di rumah, suspek menyerang mangsa sekali lagi apabila ahli
keluarga lain cuba menghalang suspek dari terus bertindak keterlaluan.
Malangnya, ahli keluarga terbabit turut diserang.
Ramirez didakwa dengan dua pertuduhan iaitu menyerang dan melakukan
keganasan rumah tangga. Ramirez dibebaskan dari tahanan pada Khamis lalu
dengan bon jaminan $16,000.