Isteri kelar suami sampai mati kerana terlupa tapau paha ayam goreng
Seorang lelaki yang terlupa membungkus paha ayam goreng untuk isterinya,
mencetuskan kemarahan wanita itu yang membawa kepada pergaduhan akhirnya
menyebabkan lelaki itu meninggal dunai, lapor China Press.
Mangsa bernama Wu, terdahulu keluar untuk bertemu dengan pelanggannya
apabila isterinya, Luo, meminta suaminya membungkus paha ayam goreng
sebelum pulang ke rumah.
Menurut ibu Wu, anaknya terlupa akan pesanan isterinya itu menyebabkan
pasangan itu bergaduh. Ketika kejadian itu berlaku, ibu Wu berada di dalam
mandi dan tidak menyedari pergaduhan mereka sehinggalah dia terdengar
jeritan cucu perempuannya.
Sebaik saja keluar dari bilik mandi, dia mendapati anaknya terbaring
berlumuran darah akibat dikelar oleh menantunya menggunakan pisau pemotong
buah.
Difahamkan sebelum kejadian itu, hubungan Wu dan Luo sangat baik dan
ditambah pula dengan kehadiran dua anak mereka.
Walau bagaimanapun, keluarga Wu merasakan dia terlalu memenuhi keinginan
isterinya sehingga menyebabkan wanita itu mula menuntut perkara yang
bukan-bukan.
Luo mula berubah dan menjadi baran, mereka juga kerap
bertengkar.
Hubungan pasangan itu menjadi semakin teruk. Mac lalu, Luo tergamak
merosakkan kereta mereka hanya kerana tidak berpuas hati dengan perkara
yang remeh.
Menurut jiran mereka, Luo dan Wu bertengkar mengenai tanggungjawab
menjaga ibu Wu di mana Luo mahu empat adik iparnya (perempuan) mengambil
alih tanggungjawab itu. Malah, dia meminta ibu mentuanya tinggal di dalam
bilik stor membuatkan Wu menjadi berang dengan isterinya.
Selepas pergaduhan itu, Wu berasa tertekan dan mendapati dia tidak dapat
bertahan dengan perkahwinannya lagi. Kemuncaknya pada Sabtu 13 April lalu,
Luo memarahinya hanya kerana paha ayam goreng dan membunuh
suaminya.
Sumber: World of Buzz