"Jari arwah Seakan Para Syuhada..", Kematian Jemaah Umrah Ini Dicemburui


Di dunia ini, setiap daripada kita tidak akan ada yang hidup kekal selamanya kerana, sudah ditentukan bila dan dimana ajal kita akan sampai.

Maka dengan itu, setiap manusia berharap agar akhir hayatnya dalam keadaan baik. Baru-baru ini, Ustaz Zamri yang dikenali menerusi program Mari Mengaji telah berkongsi mengenai kisah sahabatnya yang pergi dalam khusnul khatimah..

Menerusi hantaran dibuat Ustaz Zamri di Facebook, sahabatnya yang dikenali sebagai Hamidi Muhram meninggal dunia pada 17 Disember yang lalu ketika sedang dalam Umrah, disifatkan sebagai seorang yang syahid.

Pergi seperti seorang syahid…

Beliau telah menziarahi keluarga arwah dan atas keizinan waris arwah, membenarkannya untuk berkongsi mengenai kisah kematian arawah kepada umum agar dapat dijadikan tauladan.


Seorang yang sangat dermawan, tapi tak pernah kecoh-kecoh

Ternyata, ketika hidupnya arwah merupakan seorang yang sangat dermawan. Tanpa pengetahuan ramai arwah telah banyak menyumbang bantuan kewangan dalam misi kemanusiaan di Syria.

Malah, arwah difahamkan tidak mengambil sedikit harta peninggalan kedua ibu bapanya, sebalikan diuruskan dan diserahkan semua kepada adik-beradik yang lain.


Maka daripada itu, jadikanlah kisah ini sebagai satu permulaan untuk kita berubah dan semakin memperbanyakkan amalan. Agar kematian kita juga dalam keadaan yang diredhai Allah.

Sumber : Ustaz Zamri

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan implikasinya  sebelum menulis komen anda disini mahupun di media sosial yang berkaitan dengan artikel ini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini mahupun dimedia sosial. Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel

close