[Video] "Kami Saling Melengkapi..", Suami Isteri Hidap Penyakit Kronik Tetap Bahagia & ‘Sweet’


Kehidupan berumah tangga pastinya akan ada dugaan yang tidak dijangka. Hal ini samalah seperti perkongsian-perkongsian di laman TikTok seorang pengguna yang memakai nama @aunimuthallib apabila dan suami sama-sama diduga dengan penyakit kronik.

Banyak posting yang dibuat oleh wanita itu di TikTok menceritakan kehidupan mereka yang berjuang dengan penyakit yang dihidapi serta menjaga antara satu sama lain walaupun masing-masing dalam keadaan tidak berdaya.

Dia yang menghidap penyakit barah tiroid serta kegagalan buah pinggang tahap lima turut perlu menjaga suaminya yang mengalami Muscular Dystrophy hingga menyebabkan otot menjadi lemah dan tulang belakangnya membengkok.

Namun semangat mereka tetap kuat dan bukan penghalang untuk terus bahagia. Hal ini dapat dilihat menerusi perkongsian-perkongsian mereka yang sangat sweet di aplikasi Tik Tok.

Watch on TikTok
Watch on TikTok

Walau bagaimanapun, menerusi salah satu video yang dimuat naik untuk tatapan para penonton, auni ada menjawab berkenaan kehadiran zuriat buat mereka.

Seperti pasangan lain, mereka amat mahu menimang anak sendiri, namun doktor menasihati agar tidak hamil kerana ia sangat berisiko untuk kesihatannya.

Semoga pasangan ini terus-terusan bahagia dan diberi kesihatan yang baik untuk meneruskan kehidupan bersama-sama hingga ke Jannah kelak.

Sumber: @aunimuthallib

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan implikasinya  sebelum menulis komen anda disini mahupun di media sosial yang berkaitan dengan artikel ini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini mahupun dimedia sosial. Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel

close