[Video] "Ingat Pangkat YB Boleh Suka2 Langgar SOP ke..", Ramai Puas Hati Polis Jerkah Wakil Rakyat Yang Enggan Tunjuk Surat Rentas Negeri
TULAR di media sosial video seorang anggota polis menjerkah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Pelek Ronnie Liu kerana enggan menunjukkan surat rentas negeri.
Video berdurasi 2:20 minit itu memaparkan anggota polis berkenaan cuba
menghalang kenderaan yang membawa Ronnie Liu daripada memasuki kawasan
mahkamah.
Dalam nada yang tegas, anggota polis itu mengarahkan Adun DAP itu supaya
memberhentikan kenderaannya dan menunjukkan surat rentas negeri namun
beliau gagal berbuat demikian dengan memberikan pelbagai alasan.
Bagaimanapun, Ronnie Liu dibenarkan untuk meneruskan perjalanan selepas
mendapat kebenaran di atas budi bicara daripada Ahli Parlimen Raub, Tengku
Zulpuri Shah Raja Puji.
Sementara itu, netizen meluahkan rasa puas hati melihat ketegasan pihak
polis dalam memastikan SOP ketika PKP dan PKPD dapat berjalan dengan baik
dan tiada sesiapa pun terkecuali andai melakukan kesalahan melanggar
SOP.
Terdahulu, isu pekebun haram yang menam durian Musang King di kawasan
Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Talam, Raub memasuki episod baharu apabila
Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) bertindak tegas dengan memusnahkan
kebun seluas 101 itu bermula semalam.
Tindakan itu menaikkan kemarahan beberapa pihak termasuk beberapa
pemimpin DAP yang begitu lantang mempertahankan pekebun-pekebun haram.
Malah, seramai 18 individu termasuk seorang wanita telah ditahan dan
direman selama dua hari kerana melakukan provokasi melampau terhadap pihak
berkuasa.
Pihak polis juga telah membuka dua kertas siasatan terhadap Ronnie Liu
susulan kekecohan yang berlaku di pekarangan Mahkamah Raub, semalam.Sudah
baca jangan lupa like, komen dan share ya 😊
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas
komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir
panjang terlebih dahulu dan memikirkan implikasinya sebelum
menulis komen anda disini mahupun di media sosial yang berkaitan dengan
artikel ini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen
yang ditulis disini mahupun dimedia sosial. Ditegaskan, Segala komen
adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.