Membawang sampai kepala tersangkut di celah jeriji pintu selama 5 jam
Seorang wanita berdepan dengan detik cemas apabila kepalanya tersangkut
di jeriji besi rumah jirannya selama jam.
Dalam kejadian yang berlaku di bandar La Virginia, mangsa sebelum itu
pergi ke rumah jirannya.
Mangsa 'membawang' dengan jirannya dengan menyandarkan kepala di jeriji
pintu dan secara tiba-tiba kepalanya termasuk ke celah besi jeriji
tersebut.
Menurut laporan lain pula, mangsa dikatakan memasukkan kepalanya di
celah jeriji besi itu untuk memanggil atau melihat sama ada jirannya ada
di rumah atau tidak tanpa menyedari tindakannya itu menyebabkan
kepalanya tersekat.
Jirannya yang menyedari kejadian itu segera datang membantu mengeluarkan
kepalanya, tetapi gagal berbuat demikian, lalu menghubungi pihak bomba
untuk datang membantu.
Mangsa terpaksa menahan derita selama lima jam sebelum anggota bomba tiba
di lokasi dan memotong jeriji besi itu untuk menyelamatkannya.
Related:
Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan tetapi trauma dengan keletihan
selepas lima jam menahan kesakitan kepala tersangkut di jeriji
besi.
Sumber: Harian Metro