Terjatuh ketika potong dahan, badan tertusuk besi pagar
Seorang lelaki berusia 44 tahun tertusuk besi pagar di belakang badannya
selepas terjatuh dari tangga ketika cuba memotong dahan pokok.
Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 10 pagi Khamis di sebuah
bangunan pejabat di Nonthaburi, Thailand, mangsa yang mengambil upah untuk
memotong dahan pokok.
Malangnya, ketika melakukan kerja-kerja itu, mangsa terjatuh dan lalu
belakang badannya tertusuk pada besi pagar.
Mangsa menjerit kesakitan dan jeritannya itu didengari oleh kakitangan
dalam bangunan yang kemudian keluar untuk membantunya.
Melihat pada keadaan ngeri mangsa membuatkan tiada sesiapa yang berani
mengambil tindakan sendiri, lalu menghubungi talian kecemasan untuk
meminta bantuan.
Pasukan penyelamat dan perubatan dikerahkan ke lokasi kejadian dan tiba
tidak beberapa lama selepas itu.
Pasukan penyelamat menghadapi sedikit kesukaran untuk menurunkan mangsa
kerana ada anggotanya yang digigit semut api.
Setelah 15 minit kemudian, besi pagar dipotong dan mangsa diturunkan lalu
dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan kecemasan.
Tidak diketahui nasib mangsa.
Sumber: Facebook Thailand