Bapa 'ratah' anak, isteri, bekas isteri, ibu, ibu tiri & anjing dipenjara 341 tahun
Seorang lelaki dikenakan hukuman penjara 341 tahun kerana melakukan
serangan seksual terhadap anak-anak dan bekas isterinya, lapor Metro
News.
Selain itu, suspek, Christopher Sena, 52. turut melakukan perbuatan keji
itu terhadap anjing belaannya dalam tempoh 12 tahun. Begitu juga dengan
lapan ahli keluarganya dijadikan sebagai sasaran dan merakam perbuatan
seksual itu.
Christopher menjadikan lelaki dan perempuan sebagai mangsanya, termasuk
ibu dan ibu tirinya dan memaksa mangsa melakukan hubungan seks dengannya
sebelum merakam perbuatan terkutuk itu.
Perbuatan Christopher terbongkar pada September 2014 selepas pasukan SWAT
menyerbu treler milik suspek di Pangkalan Udara Nellis.
Dalam serbuan itu, turut rampas video serangan seksual.
Dua bekas isteri suspek, Deborah Sena, 53, dan Terrie Sena, 48, yang
bersekongkol dengan suspek dijatuhkan hukuman mati sebelum perbicaraan
pada Selasa. Namun kedua-duanya dipenjara seumur hidup selepas mereka
membuat rayuan.
Related:
- Kantoi curang? Pemuda kecewa, kekasih diam2 keluar bersama lelaki Myvi biru.. Pandai hang buat2 tak kenal, dasar perempuan si*l..
- lsteri Mahu ʙᴇʀꜱᴀʟɪɴ di ʜᴏꜱᴘɪᴛᴀʟ Swasta, Suami ᴛᴇʀᴘᴀᴋꜱᴀ Kerja Siang Malam Kumpul RM10K
- Sebab Tak Cukup RM300, Tiada Siapa Nak Uruskan Jenaazah Anak – Lelaki Kongsi Kisah Sedih Terjadi Pada Ayah Ini
Hakim William Kephart menjatuhkan hukuman beratus tahun ke atas
Christopher yang disabitkan dengan 95 jenayah seksual, setimpal dengan
perbuatannya yang sangat mementingkan diri dan sesat.
Sumber: Astro Awani