Bengang dipaksa bangun solat asar, gadis tikam bapanya sampai mati
Polis menahan seorang wanita yang juga bekas jururawat di sebuah hospital
di Kota Mataram, Indonesia, kerana tergamak menikam bapanya sehingga
maut.
Ketua Polis Daerah Matara, Saiful Alam, mengesahkan penangkapan suspek
pada semalam.
Dalam kejadian yang berlaku pada jam 4 petang, Sabtu lalu, mangsa
mengejutkan suspek yang sedang tidur untuk bangun menunaikan solat
Asar.
Namun suspek enggan menuruti arahan bapanya dan berang tidurnya diganggu
lalu mengambil pisau dan menikam bahagian dada, pinggang dan mata
mangsa.
Mangsa yang cedera parah kemudian dikejarkan ke Hospital Mataram, tetapi
sudah terlambat dan mangsa disahkan sudah meninggal dunia akibat
kecederaan parah.
Ekoran kejadian itu, suspek telah ditahan dan dibawa ke Balai Polis
Mataram untuk tindakan selanjutnya.
Sumber: Detik News