Nakal, budak dirotan dengan paip, belakang badannya diduduk sepupu berat 149kg sehingga hilang nyawa
Ibu angkat kepada seorang kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun yang
didenda sehingga mati kerana berkelakuan nakal, dikenakan hukuman penjara
selama 20 tahun.
Dalam kejadian yang berlaku di Pensacola, Florida, Grotesque Grace Smith,
71, terdahulu menyuruh anak saudaranya berusia 66 tahun dan mempunyai
berat 147 kilogram untuk duduk di atas mangsa, Dericka, sebagai denda
kerana berkelakuan nakal.
Dericka yang beratnya hanya 31 kilogram, dihempap selama 10 minit dengan
mukanya menghadap ke atas kerusi sebelum didapati meninggal dunia kerana
kekurangan oksigen.
Mangsa kemudian dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan
kecemasan tetapi disahkan telah meninggal dunia.
Grotesque kemudian ditahan dan didakwa mendera dan membunuh
mangsa.
![]() |
Veronica Posey |
Anak saudara Grotesque, Veronica Posey, 66, dipenjara seumur hidup pada
Mac lalu atas dakwaan membunuh.
Suami kepada Grotesque, James, 65, turut dikenakan hukuman penjara selama
10 tahun kerana turut terlibat dalam kematian mangsa.
![]() |
James |
Bedah siasat yang dilakukan terhadap mangsa menunjukkan Dericka dipukul
sebelum meninggal dunia pada Oktober 2017. Kesan lebam ditemui di bahagian
badan mangsa.
Grotesque mengaku memukul mangsa apabila Veronica meminta dia
mendisiplinkan Dericka kerana berkelakuan nakal dengan adiknya berusia 8
tahun.
Related:
- Kantoi curang? Pemuda kecewa, kekasih diam2 keluar bersama lelaki Myvi biru.. Pandai hang buat2 tak kenal, dasar perempuan si*l..
- lsteri Mahu ʙᴇʀꜱᴀʟɪɴ di ʜᴏꜱᴘɪᴛᴀʟ Swasta, Suami ᴛᴇʀᴘᴀᴋꜱᴀ Kerja Siang Malam Kumpul RM10K
- Sebab Tak Cukup RM300, Tiada Siapa Nak Uruskan Jenaazah Anak – Lelaki Kongsi Kisah Sedih Terjadi Pada Ayah Ini
Veronica mengambil pembaris dan paip kecil lalu diberikan kepada
Grotesque untuk merotan Dericka sebelum dipaksa melutut di hadadapan
kerusi dan dipaksa meniarap dengan muka menghadap kerusi sebelum dihempap
Veronica sehingga mati lemas.
Dericka dikatakan menjerit beberapa kali kerana tidak dapat bernafas dan
Veronica menghubungi polis selepas mendapati mangsa tidak sedarkan
diri.
James kemudian mengaku dia tidak melakukan apa-apa untuk menghalang
kejadian itu dan mengaku bersalah di atas pertuduhan yang dikenakan
terhadapnya.
Sumber: The Sun