Tertekan lahirkan bayi perempuan kali ketiga, ibu bunuh bayi berusia 10 hari
Polis menahan seorang wanita berusia 26 pada petang Ahad lalu kerana
didakwa membunuh bayi perempuannya yang berusia 10 hari pada 31 Mei lalu
di India.
Suspek, Anuja Kale, ditahan reman selama empat hari untuk siasatan
lanjut.
Polis terdahulu mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut,
tetapi selepas siasatan dijalankan mendapati mangsa maut akibat kecederaan
di kepala dan dicekik, suspek terus ditahan.
Kale juga mempunyai seorang anak perempuan berusia enam tahun menghidap
penyakit diabetes tahap satu. Keluarga berkenaan membelanjakan Rs6,000
(RM360) sebulan untuk kos rawatan kanak-kanak itu, kata polis.
Selain itu, Kale mmpunyai seorang lagi anak perempuan tetapi telah
meninggal dunia dua tahun lalu.
Menurut polis, pada 31 Mei lalu, Kale memberitahu ibu mentuanya yang
mangsa tiba-tiba jatuh sakit.
Ibu mentua dan jirannya kemudian membawa mangsa ke klinik swasta, sebelum
dirujuk ke hospital besar.
Menurut sumber lain, Kale membunuh anaknya kerana tertekan melahirkan
bayi perempuan untuk kali ketiga. Suspek memukul mangsa menggunakan objek
tumpul sebelum mencekiknya sehingga mati.
Bapa mangsa, Babasaheb, yang berada di luar kawasan menghadiri sebuah
majlis perkahwinan dimaklumkan mengenai keadaan bayinya terus bergegas ke
hospital. Doktor yang merawat mangsa memaklumkan bayinya telah meninggal
dunia.
Si bapa yang berasa curiga dengan kematian anaknya, terus membuat laporan
polis.
Inspektor Suraj Bijli berkata, ibu mentua suspek memaklumkan ada membantu
suspek dua hari selepas mangsa dilahirkan.
Kale bagaimanapun enggan mengaku dakwaan itu.
Sumber: Times of India