Kantoi curang & hantar gambar bogel kepada 4 lelaki, suami letak superglue di kemaluan isteri
Seorang lelaki bertindak meletak superglue (gam) pada kemaluan isterinya
selepas mendapati wanita itu menjalinkan hubungan dengan empat lelaki
lain.
Lapor media tempatan, Dennis Murno dari selatan Kenya mendapati isterinya
berlaku curang berdasarkan penemuan mesej yang tidak sepatutnya di akaun
media sosial mangsa.
Mangsa menjalinkan hubungan dengan beberapa lelaki lain ketika suaminya
bekerja di luar kawasan.
Kali terakhir sebelum pergi bertugas di luar kawasan di Rwanda, Dennis
sempat meletakkan gam pada kemaluan isterinya dengan
superglue.
Kejadian itu menggemparkan kawasan kejiranan itu dan Dennis ditahan oleh
polis sebelum mengaku berbuat demikian untuk menyelamatkan
rumahtangganya.
Dennis mengakui dia turut mempunyai bukti yang isterinya menjalinkan
hubungan sulit dengan empat lelaki lain selepas memeriksa akaun media
sosialnya.
Malah dia juga menemui gambar isterinya yang tidak berpakaian dihantar
kepada salah seorang lelaki dengan mesej, "Minggu depan ada 'bunga
api'."
Ekoran tindakannya itu, Dennis didakwa di mahkamah dengan dakwaan
melakukan keganasan domestik. Sementara isterinya juga akan berdepan
dengan dakwaan melakukan zina.
Sumber: Mirror