2 lelaki rogol & bunuh budak perempuan, ditembak mati oleh skuad penembak yang dipilih oleh bapa mangsa
Dua lelaki yang didakwa merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 12
tahun di Somalia dijatuhkan hukuman tembak sampai mati secara terbuka oleh
skuad penembak pada pagi semalam, yang dipilih oleh bapa
mangsa.
Aisha Ilyaas Aden sebelum itu diculik di pasar, dirogol dan dicekik
sehingga mati berhampiran rumahnya di Galkayo, Puntland, pada Februari
tahun lalu.
Abdifatah Abdirahman Warsame dan Abdishakur Mohamed Dige menjalani
hukuman itu di Bassasso, utara Somalia, selepas kedua-duanya didapati
bersalah di atas pertuduhan itu.
Bapa Aisha, Ilyaas Aden berkata kepada BBC, dia telah memilih sendiri
skuad penembak tersebut dan meminta mereka memaafkan dirinya melalui
telefon sebelum dua perogol itu dibunuh.
Tambahnya, selepas dua lelaki itu ditembak, dia sendiri memeriksa keadaan
dua lelaki itu bagi memastikan mereka benar-benar sudah tidak
bernyawa.
Kes itu sebelum ini mencetuskan kemarahan penduduk di negara itu yang
menuntut keadilan untuk Aisha.
Sumber: Daily Mail