Suami lacur isteri sendiri RM15 kepada 4 rakannya kerana masalah kewangan & demi kepuasan
Seorang lelaki menjadikan alasan menghadapi masalah kewangan keluarga dan
demi kepuasan seksual untuk melacurkan isterinya sendiri kepada beberapa
rakan.
Suspek, Moch Sabik Setiyawan, 28, dari Kabupaten Pasuruan, Indonesia
bukan sahaja melacurkan isterinya kepada rakan-rakannya sendiri, malah
membuat rakaman video.
Ketua Polis Daerah Pasuruan, Donny Alexander berkata, suspek memang
sengaja merakam video isterinya melayani rakan-rakannya untuk dijadikan
sebagai bukti kepada rakan lain bahawa isterinya boleh diajak untuk
mengadakan hubungan bersama.
Suspek memberikan alasan bahawa mereka menghadapi masalah kewangan dan
ingin mencari kepuasan seksual.
"Alasan pertamanya ekonomi. Jadi setiap kali si isteri melayani rakan
suspek, mereka akan mendapat bayaran 50,000 rupiah (RM15).
"Setakat ini sudah empat rakan suspek melakukan hubungan dengan isteri
suspek. Masing-masing melakukan perbuatan itu lebih dari dua atau lima
kali.
"Keempat-empat rakan suspek juga mengakui melakukan perbuatan itu.
"Alasan kedua, suspek mengaku ingin memberi kepuasan seksual kepada
isterinya di mana selama ini isterinya merasa tidak puas ketika melakukan
hubungan intim dengannya.
"Dengan cara itu, suspek berharap isterinya dapat merasa perbezaan dan
membanding bezakan layanan dari lelaki lain," katanya.
Suspek telah ditahan dan polis masih menjalankan siasatan serta tidak
menolak kemungkinan suspek 'menjual' isterinya kepada lebih dari empat
orang lelaki.
Sumber: Sosok