Doktor terkejut temui ratusan 'bubble tea pearls' tersangkut dalam perut remaja
Minuman 'bubble tea' kini semakin popular dan ramai yang menggemarinya serta mudah
didapati di mana-mana. Namun, 'air yang tenang, jangan disangka tidak
membawa masalah' kerana seorang remaja perempuan berusia 14 tahun di
Zhejiang, China, dikejarkan ke hospital pada 28 Mei lalu selepas mengadu
sakit perut serta sukar untuk makan dan buang air besar.
Setelah menjalani CT Scan di bahagian perutnya, doktor menemui sejumlah
besar 'bubble tea pearls' yang tidak dapat dihadam.
Penemuan itu mengejutkan para doktor yang kemudian menyoal siasat pesakit
mengenai perkara itu.
Remaja itu memaklumkan, dia mengambil minuman tersebut lima hari yang
lalu. Tetapi Dr. Zhang yang merawatnya berkata, tidak mungkin sejumlah
besar 'bubble tea pearls' itu diambilnya dalam masa satu hari, bermakna pesakit itu berbohong
mengenai pengambilan minuman itu dari ibu bapanya serta meminum minuman
itu setiap hari.
Pesakit kemudian diberi julap untuk membantu mengeluarkan 'pearls' tersebut dari badannya.
Pengarah Hospital Bandar Zhuji, He Yuling, berkata, 'pearls' yang dibuat dari kanji ubi kayu itu tidak mudah dicerna lebih-lebih
lagi apabila ditambah dengan bahan yang membuatkan 'pearls' tersebut lebih
kenyal agar mudah dikunyah, namun ia membahayakan sistem pencernaan
sekiranya diambil dalam kuantiti yang banyak.
Sumber: Sin Chew, World of Buzz