Kereta penuh dengan sampah, pemandu tak jumpa hand brake lalu kemalangan
Hujung Jun lalu, viral di media sosial beberapa gambar menunjukkan sebuah
kereta yang penuh dengan sampah sehingga menyebabkan pemandunya gagal
menemui brek tangan sebelum terlibat dalam kemalangan.
Polis Hampshire, England, turut mengesahkan punca kemalangan itu berlaku
berpunca dari sikap pemandu terbabit yang menyimpan banyak sampah dalam
keretanya.
Antara sampah-sampah yang ditemui adalah seperti beg plastik, bekas
plastik, surat khabar, tanaman dan plug adapter di bawah tiga pedal kereta
tersebut.
Polis berkata, pemandu terbabit cuba mengundurkan kenderaannya namun
terlanggar kereta lain.
Related:
Gambar-gambar itu viral di media sosial dan juga dijadikan sebagai
peringatan agar pemilik kereta sentiasa memastikan kereta mereka berada
dalam keadaan bersih bagi mengelakkan kejadian seumpama itu berulang
lagi.
Sumber: Rhyl Journal