"Saya Keluar Bersia-siar Sebab Panas Di Rumah..", Warga Emas Dikompaun RM5K Kerana Keluar Rumah Semasa Memakai Gelang Pink
Kecoh di media sosial baru-baru
ini apabila seorang warga emas telah dikompaun RM5,000 oleh pihak berkuasa.
Rata-rata netizen dilihat tidak
berpuas hati apabila individu tersebut dikatakan hanya mahu bersiar-siar dan mengambil
angin di luar rumahnya.
Namun, dakwaan netizen itu nampak
gayanya sangat ‘terpesong’ kerana kompaun dikeluarkan selepas warga itu didapati
memakai gelang merah jambu.
Menurut Ketua Polis Daerah Raub,
Superintendan Kama Azural Mohamed berkata, warga emas berusia 73 tahun
berkenaan dikenakan kompaun dalam operasi yang dilakukan antara pukul 12.30
tengah hari hingga 2 petang semalam.
“Alasan yang diberikan oleh Orang
Kena Kompaun kerana keluar rumah setelah dikuarantin adalah kerana panas berada
di rumah dan ingin bersiar-siar.
“Jadi alasan sebegini adalah
sangat tidak munasabah dan boleh merebakkan jangkitan Covid-19 kepada umum
sekiranya individu berkenaan didapati positif Covid-19,” katanya kepada Kosmo.
Menurutnya, lelaki yang berasal
dari Kampung Sungai Klau itu dikenakan kompaun di bawah Perkara 22(b)
Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPDPPB
2020) kerana gagal kuarantin di rumah sendiri setelah memakai gelang berwarna
merah jambu.
“Selain itu pada itu, dua lagi
individu berusia 52 dan 69 tahun turut dikenakan kompaun masing-masing RM2,000
kerana berkumpul dan makan di kedai dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan
Diperketatkan (PKPD),” katanya.
Sumber : Gempak
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan
bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan
implikasinya sebelum menulis komen anda
disini mahupun di media sosial yang berkaitan dengan artikel ini. Pihak admin
juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini mahupun
dimedia sosial. Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda
sendiri.