"Gesa Orang Tak Ambil Vaksin Ibarat Menyekat Orang Untuk Sembahyang Berjemaah..", Pengambilan Vaksin Dianggap Fardu Kifayah!
Ulama seluruh dunia Islam
termasuk ulama Al-Azhar, Jeddah (Arab Saudi) boleh dikatakan sudah sepakat,
ijmak mengenai keharusan hukum mengambil vaksin.
Susulan itu, Felo Pusat Pengajian
Islam Universiti Oxford, United Kingdom, Datuk Dr Afifi al-Akiti, berpendapat
hukum mengenai keharusan mengambil imunisasi vaksin COVID-19 dianggap mencapai
taraf ijmak atau kesepakatan ulama mujtahid sedunia.
Malah pembangunannya turut
dianggap sebagai perkara fardu kifayah.
"Boleh dikatakan hukum
mengambil vaksin ini fardu kifayah seperti mana solat berjemaah.
"Gesaan supaya masyarakat
tidak mengambil vaksin, umpama menyekat orang lain daripada mendirikan solat
jemaah.
“Jika tidak mahu ambil vaksin,
jangan pula gesa orang lain mengelak dari mengambilnya," katanya kepada
Berita Harian.
Jelasnya, ijmak ialah kesepakatan
ulama mujtahid dalam menetapkan suatu hukum berasaskan Al-Quran dan Hadis
mengenai suatu perkara yang terjadi selepas zaman Rasulullah SAW.
“Fardu kifayah bererti perkara
yang wajib dilakukan sebahagian anggota masyarakat untuk menjaga kepentingan
ummah.
“Rasulullah SAW pernah memberi
peringatan keras bahawa seseorang sudah dianggap sebagai penipu dan pendusta
walaupun sekiranya dia hanya menyampaikan apa sahaja yang didengarnya tanpa
memeriksa kebenaran dan kesahihan perkara itu.
"Zaman media sosial sekarang
menyaksikan ramai manusia lebih suka 'forward' (memanjangkan) mesej yang mereka
terima umpamanya melalui aplikasi WhatsApp, tanpa mereka tahu kebenaran
maklumat pada mesej itu.
“Perbuatan itu umpama kita sedang
menyemai 'saham' dosa kita," katanya.
Afifi mengulas saranan pihak
tertentu khususnya golongan anti vaksin yang dilihat kerap melontarkan persepsi
buruk mengenai pengambilan imunisasi terbabit.
Sumber : Berita Harian
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan
bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan
implikasinya sebelum menulis komen anda
disini mahupun di media sosial yang berkaitan dengan artikel ini. Pihak admin
juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini mahupun
dimedia sosial. Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda
sendiri.