Wanita dipukvl dengan kayu hoki oleh keluarga mentua kerana melahirkan anak perempuan
- Video menunjukkan seorang wanita india dipukul dengan kejam oleh keluarga mentuanya kerana telah melahirkan seorang anak perempuan.
- Meena Kashyap dipukul dibahagian depan dan belakang dengan menggunakan kayu hoki.
- Wanita itu tidak diterima oleh keluarga suaminya dan ada isu berkaitan dowri .
- Wanita di India sering dipukul dan ada yang dibunuh sekiranya keluarga mereka enggan atau tidak mampu untuk membayar dowry yang diminta oleh keluarga pihak suami.
INDIA - Video menunjukkan kejadian yang menggerunkan dimana seorang
wanita India telah dipukul dengan kejam oleh keluarga mentuanya kerana
telah melahirkan anak perempuan dan kerana isu dowri, lapor Daily
Mail.
Klip video tersebut diambil daripada atas tangga rumah, menunjukkan
wanita berkenaan menjerit apabila beliau dipukul dengan kayu hoki dari
bahagian depan dan belakang oleh dua (2) orang lelaki, abang ipar beliau
dan kawannya.
Mangsa dikenali sebagai Meena Kashyap, 35 tahun, telah dipukul pada
minggu oleh ahli keluarga suaminya selepas mangsa membuat aduan
keganasan pada bulan April, menurut laporan media tempatan.
Pasangan tersebut juga terlibat dengan pertikaian berkenaan isu dowri
700,000 rupee (RM 46,461.00) yang telah diberikan oleh keluarga wanita itu
kepada keluarga suaminya semasa perkahwinan.
Suami mangsa, Daljit Singh, abang ipar mangsa, Kamaljeet dan rakan mereka
yang dikenali sebagai Gaurav telah dituduh melakukan jenayah
tersebut.
Menurut kenyataan bapa mangsa kepada media. "Kami telah membuat aduan
berkenaan isu ini pada tahun lepas tetapi tiada sebarang tindakan yang
diambil atas perkara ini. Mereka telah berkahwin selama dua (2) tahun dan
mempunyai seorang anak perempuan. Keluarga mereka meminta 700,000 rupee
sebagai dowry."
Isu dowri telah lama menjadi isu yang kontroversi di pendalaman
India, ia telah menjadi topik hangat sejak video itu tersebar.