2 tahun derita sakit perut, suami sumbat handle motosikal dalam rahim isteri
Seorang wanita berusia 30 tahun dimasukkan ke hospital di Indore, Madya
Pradesh, India, selepas dua hari mengalami kesakitan luar biasa di
bahagian perut, lapor Metro.
Setelah doktor membuat imbasan x-ray, kelihatan satu objek besar di dalam
rahimnya. CT scan mengesahkan objek tersebut adalah handle
motosikal.
Doktor kemudian terus mengarahkan pesakit menjalani pembedahan segera
pada pagi Selasa lalu.
Seramai 19 orang doktor bertungkus lumus dalam pembedahan yang memakan
masa empat jam itu sebelum berjaya mengeluarkan objek tersebut dari rahim
pesakit.
Menurut Dr Sonia Moses dari Hospital M.Y berkata, "Dia memberitahu kami
handle itu dimasukkan ke dalam vagina oleh suaminya yang ketika itu berada
dalam keadaan mabuk.
"Suami pesakit telah memberi amaran agar tidak memberitahu perkara itu
kepada sesiapa atau dia akan dicederakan.
"Objek itu telah berada di dalam rahimnya hampir dua tahun lalu dan telah
menyebabkan jangkitan pada organ dalaman menyebabkan pesakit mengalami
kesakitan yang luar biasa.
"Rahimnya telah rosak teruk dan terpaksa dibuang tetapi kami berjaya
menyelamatkan pundi kencingnya.
"Pesakit tidak lagi mampu untuk mendapatkan zuriat," katanya.
Mangsa dilaporkan stabil dan telah sedarkan diri.
Sementara itu, suaminya ditahan polis untuk siasatan lanjut.