Ibu hamil hilang, rupanya dijerut sampai m4ti, perut ditoreh untuk keluarkan bayi
Seorang remaja perempuan hamil berusia 19 tahun telah diumpan ke sebuah
rumah di Southwest Side, sebelum dibunuh dan bayi dalam kandungannya
dikeluarkan secara paksaan dari rahimnya.
Pihak polis mengesahkan mayat yang ditemui dalam tong sampah di belakang
sebuah rumah di 4100 block of West 77th Place, pada malam Rabu, adalah
Marlen Ochoa-Uriostegui, yang dilaporkan hilang tiga minggu lalu sejak 24
April.
Siasatan mendapati, mangsa telah dijerut dengan wayar kabel dan bayi
dalam kandungannya telah dikeluarkan dengan cara perutnya dipotong.
Menurut ahli keluarga Marlen, sebelum Marlen dilaporkan hilang, dia telah
pergi ke lokasi mayatnya ditemui, untuk mengambil barang yang ditawarkan
secara percuma oleh seorang wanita hamil, Clarisa Figueroa, yang
dikenalinya di Facebook group Help Sister Out.
Sebelum itu, Marlen menulis teks tersebut dalam group berkenaan:
"Hello ladies, I'm due May 10 and I still need a ton of things for
my son. Due to the fact that I'm in school and can't work at the
moment. I can't afford to buy the rest of the things since I'm short
on cash right now," tulis Marlen pada 5 Mac.
Status itu kemudian mendapat respon dari Clarisa dan berkata dia mahu
memberikan beberapa barangan bayi kepada Marlen termasuk baju berjenama
secara percuma.
Bagaimanapun selepas pergi ke tempat itu, Marlen tidak muncul untuk
menjemput anak lelakinya berusia tiga tahun dari pusat jagaan kanak-kanak
pada hari dia dilaporkan hilang.
Kebetulan pula, ada seorang bayi yang beralamat di 4100 block of West
77th Place telah dibawa ke Pusat Perubatan Advocate Christ kerana
mengalami kecederaan di otak dan keadaannya kritikal, selepas bersalin,
demikian menurut ibunya.
Curiga dengan keadaan itu, pihak berkuasa mengarahkan doktor menjalankan
ujian DNA dan keputusannya menunjukkan bahawa bayi tersebut adalah bayi
kepada Marlen.
Susulan itu, polis menahan Clarisa bersama suami dan anak perempuannya
untuk siasatan lanjut.
Suami mangsa, Giovanni Lopez, orang pertama yang tiba di pejabat
pemeriksa perubatan pada malam Rabu tidak dapat menahan kesedihannya. Dia
memberi nama Yavani Yadiel Lopez kepada anaknya itu yang kini bergantung
kepada mesin bantuan hayat di hospital.
Giovanni dan keluarganya tidak merancang untuk menghentikan mesin
tersebut dan berharap Yadiel dapat terus hidup kerana itulah satu-satunya
peninggalan terakhir dari Marlen.
"Kami akan tuntut keadilan untuk Marlen. Kami takkan lepaskan mereka.
Mereka tidak tahu betapa sakitnya keluarga kami diperlukan seperti ini,"
kata Giovanni.
Sementara itu, Clarisa Figueroa, 46, dan anaknya Desiree Figueroa, 24,
didakwa telah membunuh Marlen dan mengeluarkan bayi dalam kandungannya
secara paksa sehingga menyebabkan Yadiel berada dalam keadaan
kritikal.
Suami suspek utama, Piotr Bobak, 40, pula didakwa bersubahat dalam
membantu dua suspek utama.
Dalam keterangan kepada polis, Clarisa berkata dia telah menghubungi
talian 911 pada 23 April dan memaklumkan dia baru sahaja bersalin tetapi
bayinya tidak bernafas. Clarisa juga meminta pihak ambulans datang ke
tempatnya untuk membawa dia ke hospital.
![]() |
Di hospital, Clarisa rakam gambar kononnya dia ibu kepada Yadiel |
Difahamkan, Clarisa sebelum ini mempunyai seorang anak lelaki bernama
Xavier, tetapi meninggal dunia pada 2017 (kematian
semulajadi).
Siasatan polis di tempat penemuan mayat juga menemui senjata yang
digunakan oleh suspek untuk membunuh mangsa dalam tong sampah di belakang
rumah.
Pasangan itu juga sempat meminta sumbangan orang ramai melalui GoFundme
sebanyak $9,000 kononnya jumlah dana yang diperlukan untuk menanggung kos
perubatan 'anak mereka' yang lahir pra-matang pada 23 April, diberi nama
Xander Xavier.
Siasatan juga mendapati, ketiga-tiga suspek terlibat dalam kegiatan keji
itu dengan menyasarkan golongan ibu mengandug di media sosial di mana
Clarisa akan menyamar sebagai ibu hamil memperdayakan mangsa.
Sumber: Fox 5, Daily Mail