Tak siapkan kerja sekolah, ibu rotan anak 5 jam sampai mati
Seorang wanita di China dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun kerana
menyebabkan kematian anak lelakinya berusia 9 tahun.
Dalam kejadian yang berlaku pada bulan Januari di Zhejiang, mansgsa
terdahulu memberitahu ibunya yang dia kehilangan telefon bimbit ketika
bermain di luar.
Menurut Asia One, selepas keluar mencari telefon bimbit itu, ibu mangsa
berang selepas telefon bimbit itu gagal ditemui. Malah dia mendakwa mangsa
menipu lalu menamparnya sebelum mereka pulang ke rumah.
Selepas itu, dia mendapati anaknya juga tidak menyiapkan kerja rumah
membuatkan dia menjadi semakin berang lalu merotan anaknya selama 5 jam
pada petang hari kejadian.
Tidak cukup dengan itu, dia mengikat tangan dan kaki mangsa dengan pita
peletak serta menikam kaki mangsa dengan jarum.
Mangsa hanya diberi beberapa teguk air sepanjang didera ibunya. Selepas
didera, si ibu mengangkat anaknya ke dalam bilik.
"Mama, saya tak nak jumpa awak lagi," kata mangsa.
Ibunya tidak mengendahkan kata-kata mangsa dan terus tidur di biliknya
sendiri.
Keesokan paginya, si ibu terkejut apabila mendapati anaknya terbaring di
lantai tak sedarkan diri. Dia cuba menyelamatkan anaknya, tetapi sudah
terlambat. Pasukan perubatan yang datang ke tempat kejadian kemudian
mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.
Hasil bedah siasat mendapati mangsa mengalami hemorrhagic shock dan
arteri tersekat di paru-paru.
Ketika dibicarakan, si ibu didakwa sengaja mendatangkan kecederaan
terhadap mangsa dan dikenakan hukuman penjara 10 tahun.
Sumber: Asia One, World of Buzz