[Video] "Jangan Cepat Fikir Bukan2..", Viral Rakaman Nenek Lintas Jalan Jam 3 Pagi Bukan Jelmaan Makhluk Halus
PETALING JAYA – Rakaman video tular yang memaparkan kelibat seorang nenek melintas jalan di Jambatan Binjai Manis Ketereh, Kelantan pada pukul 3 pagi baru-baru ini akhirnya terjawab apabila individu tersebut disahkan manusia biasa.
Perkara itu didedahkan pengendali laman Facebook Hello
Kelantan yang memuat naik gambar warga emas tersebut hari ini namun maklumat
seperti nama, umur dan mengapa dia berjalan bersendirian tidak diketahui.
“Ini mak cik yang dipercayai ditemui pada pukul 3 pagi di
kawasan Jambatan Binjai Manis Ketereh yang tular di media sosial baru-baru ini
sehingga menimbulkan pelbagai persepsi.
“Bahaya berjalan seorang diri malam-malam. Semoga Allah
panjangkan usia dan permudahkan urusan mak cik,” ujar kapsyen hantaran tersebut.
Video dengan muzik latar yang agak menyeramkan itu sebelum
ini menarik perhatian netizen yang kebanyakan mereka menyifatkan warga emas
berkenaan sebagai jelmaan makhluk halus.
“Mungkin mak cik ini ada penyakit nyanyuk atau sebagainya.
Tolonglah pantau kasihan dia,” ujar seorang pengguna media sosial bernama Nur
Nunu.
“Bahaya mak cik awal-awal pagi lintas jalan dalam gelap.
Kereta laju-laju semua. Bimbang jika jumpa penyamun, haiwan buas. Kami doa mak
cik sihat dan kalau hendak keluar bawa lampu suluh,” ujar netizen bernama
Ayzoll AZ.
“Biasanya kalau jumpa pukul 2 pagi hingga 5 pagi itu mungkin
orang kampung hendak pergi menoreh getah. Orang dulu-dulu memang hati kental,”
ulas seorang lagi netizen.
Namun masih ada netizen yang meragui keberadaan makcik ini
kerana semasa rakaman di dalam video seolah-olah makcik ini berjalan sangat
laju. Walauapapun persepsi warga netizen diharap semoga nenek ini dilindungi
dan dipermudahkan segala urusannya.
Reaksi Warganet :
Sumber : Aku Papan Kekunci
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung
ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda
berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan implikasinya sebelum menulis komen anda disini mahupun di
media sosial yang berkaitan dengan artikel ini. Pihak admin juga tidak mampu
untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini mahupun dimedia sosial.
Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.