[Video] "Alhamdullilah Ya Allah..", Terus Teriak Nampak Result SPM Anak, Reaksi Mak Ayah Ini ‘Pure’ Habis
Terpaksa berdepan penutupan sekolah dan struggle untuk menyesuaikan diri dengan kaedah PdPR, realitinya bukan mudah anak-anak menduduki SPM sejak penularan COVID-19 . Justeru kesemua calon peperiksaan awam itu wajar dipuji sebagai generasi yang hebat, tanpa mengira apa juga keputusan diperoleh hari ini.
Berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya…calon SPM dapat result secara online sahaja
Berbeza dengan tahun sebelumnya, mereka langsung tidak perlu
bertandang ke sekolah dan mengambil sijil secara ‘manual’. Sebaliknya,
masing-masing perlu daftar masuk ke dalam sistem saja dan tunggu keputusan
masing-masing. Ada yang mungkin segan mahu lihat sendirian saja, tapi
kebanyakannya pasti menanti dengan penuh harapan bersama keluarga tercinta
seperti pemuda ini.
Mak ayah terus teriak & memeluk bangga sebaik dapat result…sempat ambil gambar lagi
Sebaik keluar result SPM, Khuzairi lantas berdiri sambil
ditemani ahli keluarganya di rumah. Paling menyayat hati, ibu bapanya terus
memeluk remaja tersebut kerana bangga dengan usahanya selama ini. Dalam pada
itu, ayahnya juga sempat mengeluarkan telefon pintarnya untuk merakam slip
keputusan tersebut.
Alhamdulillah ya Allah I make them proud of me ❤️❤️❤️😭😭😭 pic.twitter.com/quyoxb6zFa
— khuzz (@kzairi_) June 10, 2021
Terikut bangga sekali tengok reaksi parents…tahniah & untung ada keluarga comel macam ni
Meskipun tidak didedahkan secara terperinci keputusannya,
namun rata-rata netizen turut tumpang bangga serta terharu melihat reaksi
setiap ahli keluarga Khuzairi. Secara keseluruhan, video penuh bermakna itu
telah meraih lebih 3 ribu retweets setakat ini.
Sumber: Twitter kzairi_
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung
ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda
berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan implikasinya sebelum menulis komen anda disini mahupun di
media sosial yang berkaitan dengan artikel ini. Pihak admin juga tidak mampu
untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini mahupun dimedia sosial.
Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.