[Video] Berderet Straight A & Ada Degree, Tapi Wanita Ini 8 Tahun ‘Stuck’ Kerja Retails

Moment yang ditunggu-tunggu selama ini akhirnya tiba, semua calon SPM 2020 telah pun menerima keputusan masing-masing pagi tadi. Walau apa jua keputusan diperolehi, namun mereka wajar diberi pujian kerana menduduki peperiksaan itu dalam suasana pandemik yang begitu mencabar.

Dari UPSR hingga SPM berderet straight A’s…siap lanjutkan pelajaran peringkat degree lagi

Walaupun bukanlah daripada batch ‘SPM Pro Max’, namun result peperiksaan yang dikongsi oleh wanita bernama Suhaila Aziz ini nyata mencuri perhatian ramai. Mana tidaknya dari zaman UPSR, dia memperoleh keputusan straight A’s serta melanjutkan pelajaran di peringkat degree di salah sebuah universiti swasta tempatan.

Plot twist tak disangka-sangka…dah ‘stuck‘ kerja retail selama 8 tahun

Walau bagaimanapun, segulung ijazah tidak menjamin seseorang untuk mendapatkan pekerjaan yang berprofil tinggi dan gaji banyak sejurus tamat pengajian. Siapa sangka, individu yang melanjutkan pelajaran bertahun-tahun di universiti rupa-rupanya bekerja sebagai staf peruncit biasa. Sehingga kini, dia sudah berkhidmat dalam sektor tersebut selama lebih 8 tahun.

Power gila result…ada Master pun kerja lebih kurang sama, malas cari kerja lain

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen nyata kagum dengan semua keputusan yang diperolehinya sambil menyatakan Suhaila masih ada potensi bekerja dalam bidang profesional. Namun tak kurang juga beberapa lagi individu turut berada dalam situasi sama, siap memiliki kelulusan lebih tinggi lagi.


Sumber: TikTok suhailaaziz36

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan implikasinya  sebelum menulis komen anda disini mahupun di media sosial yang berkaitan dengan artikel ini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini mahupun dimedia sosial. Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel

close