[Video] Padah Lewat ‘Cucuk’ Duit, Lelaki Gelabah Terkunci Dalam Bank

Memandangkan terdapat jumlah duit yang besar dalam mesin ATM, justeru tahap keselamatan bank dikawal sangat ketat. Selain dilengkapi CCTV, pintunya akan tertutup secara automatik tepat jam 8 malam sepanjang tempoh ‘lockdown’ ini.

Santai layan lagu…sekali member terkunci dalam bank masa ‘cucuk’ duit

Menerusi video tular di TikTok, seorang lelaki berdepan detik cemas apabila terperangkap di sebuah cawangan ATM baru-baru ini. Ketika ralit menyanyi dalam kereta, kebetulan saudara Hafif Hiqal terakam gelagat rakannya yang tidak dapat keluar kerana pintu utama bank sedang dikunci secara automatik.

Tekan butang kecemasan pun pintu tidak dibuka semula…mujurlah tak kena bermalam di sana

Walaupun sudah beberapa kali menekan butang kecemasan, namun ia tetap tidak berfungsi untuk membuka pintu utama. Walau bagaimanapun, mujurlah dia boleh buka semula pintu tersebut kira-kira 5 minit kemudian. Hafif malah sempat menyakat rakannya itu sekiranya dia betul-betul terperangkap sepajang malam.


Insaf nak masuk bank waktu malam…tapi lagu yang tengah dilayan kena pula situasi

Walaupun ada pihak yang risau terperangkap situasi itu, namun majoriti netizen berseloroh dapat tidur dengan mesin ATM akan jadi pengalaman yang sangat ‘bermakna’. Secara keseluruhan, video itu telah meraih lebih 600 ribu jumlah views di TikTok setakat ini.


Sumber: TikTok hafifhiqal

Sudah baca jangan lupa like, komen dan share ya 😊

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan implikasinya  sebelum menulis komen anda disini mahupun di media sosial yang berkaitan dengan artikel ini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini mahupun dimedia sosial. Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel

close